Usaha menangani kegiatan kumpulan militan memerlukan jalinan kerja yang mantap melibatkan semua pihak di negara ini, terutamanya dalam membetulkan fahaman mereka yang menghalalkan tindakan membunuh.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata propaganda yang dilancarkan oleh kumpulan militan IS menerusi laman sosial memerlukan pihak berkuasa mengerakkan satu jalinan kerja yang mantap bagi menanganinya.
"Selagi kita tidak mengambil tindakan bagi membetulkan tanggapan salah ini, isu perekrutan IS tidak akan berkurangan sebaliknya akan terus bertambah," katanya.
Katanya, sukar bagi pihak polis secara bersendirian menangani propaganda yang terdapat di laman sosial Facebook, YouTube dan lain-lain medium bagi tujuan merekrut atau menpengaruhi rakyat Malaysia terbabit dalam IS.
Ayub Khan turut melahirkan penghargaan kepada masyarakat yang memberi kerjasama apabila kebanyakan daripada tangkapan yang dibuat di lapangan terbang sejak akhir-akhir ini adalah hasil maklumat yang diberikan oleh orang ramai termasuk keluarga, rakan sekerja, kawan dan juga kenalan rapat suspek sendiri.
"Saya harap orang ramai yang mempunyai maklumat tentang IS bersedia untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
"Walaupun dengan hanya maklumat yang sedikit, bagi membantu pihak polis membendung fahaman IS terus menular di negara ini," kata Ayub Khan.
Mengenai jumlah tangkapan terhadap mereka yang terbabit dengan kumpulan militan IS, beliau berkata sehingga kini polis menahan sebanyak 72 suspek dan 13 daripada individu yang ditahan, merupakan warga asing.
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 suspek telah dituduh di mahkamah iaitu 22 orang didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA 2012.
"Sementara dua suspek dituduh di bawah Akta Senjata Api 1971 kerana memiliki senjata api serta peluru dan enam lagi di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan bagi program 'Dalam Radar' Bernama Radio24 di sini malam tadi.
Beliau berkata daripada statistik polis, jumlah rakyat Malaysia terbang ke Syria bermula Januari hingga Jun tahun lepas hanya 30 orang, namun angka berkenaan meningkat sekali ganda kepada 61 orang antara Julai dan Disember tahun lepas.
"Keadaan ini bukan hanya berlaku di Malaysia malahan di peringkat rantau Asia apabila jumlah yang pergi ke Syria meningkat daripada 300 kepada 600 orang, manakala di peringkat dunia angka mereka yang terlibat dengan penganas IS turut meningkat daripada 12,000 kepada 24,000 dalam tempoh sama," katanya.
Selain itu beliau berkata polis juga telah berjaya menyekat usaha segelintir rakyat Malaysia yang cuba menyalurkan dana kewangan kepada IS walaupun kes tersebut tidak melibatkan jumlah dana yang besar.
"Kita ada menahan beberapa individu yang cuba menyalurkan dana dalam angka RM7,000 hingga RM5,000 bagi membiayai tiket dan perbelanjaan suspek yang ingin berjihad di Syria," katanya.
Bagaimanapun dalam beberapa kes, pihak polis terpaksa melepaskan individu terbabit kerana tidak mempunyai bukti yang cukup bagi membawa kes tersebut ke mahkamah.
Bernama
Thu Mar 12 2015

Propaganda yang dilancarkan kumpulan militan IS menerusi laman sosial memerlukan pihak berkuasa mengerakkan satu jalinan kerja yang mantap. -Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Mulai 1 Jan 2019, hanya tukang masak tempatan dibenarkan
Semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan.

Militan IS: Media sosial masih jadi medium utama rekrut ahli - Polis
Media sosial masih menjadi medium utama kumpulan militan IS memperluaskan ideologi keganasan seterusnya merekrut ahli baharu untuk menyertai kumpulan itu.

Kegiatan militan: Tanggungjawab semua betulkan fahaman halalkan membunuh
Propaganda yang dilancarkan oleh kumpulan militan IS menerusi laman sosial memerlukan pihak berkuasa mengerakkan satu jalinan kerja yang mantap bagi menanganinya.