Kegiatan menternakan ikan dalam sangkar yang diusahakan oleh lebih 20 pengusaha ikan di sini lumpuh apabila kesemua ikan yang diternak mati secara mengejut menyebabkan mereka menanggung kerugian kira-kira RM20 juta.
Kesemua ikan berkualiti tinggi itu, termasuk siakap, jenahak, bawal dan ikan merah, yang siap untuk dijual ke pasaran tempatan dan luar negara termasuk Singapura dan Thailand didapati mati dalam tempoh singkat dipercayai kekurangan oksigen dalam air laut akibat perubahan kualiti air.
Susulan kejadian itu Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak, Abdul Yunus Jamhari bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Perikanan Negeri serta Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri telah menemui penternak ikan terbabit untuk mendengar keluhan dan permasalahan mereka.
Menurut Abdul Yunus, pihak Jabatan Perikanan Negeri Perak telahpun mengambil sampel air dan ikan dilokasi untuk ujian makmal FRI Batu Maung, Pulau Pinang.
"Kita sedang menunggu hasil laporan ujian itu yang diharapkan akan diketahui dalam masa terdekat ini,'' katanya kepada pemberita pada Khamis.
Abdul Yunus juga memberitahu, penternak-penternak ikan terbabit juga telah diminta membuat laporan segera berhubung kos kerugian yang mereka tanggung untuk diserahkan kepadanya bagi tindakan selanjutnya.
Katanya, satu dialog akan diadakan dengan kesemua penternak ikan terbabit dalam masa terdekat ini untuk mendapatkan segala pandangan berhubung permasalahan yang dihadapi dan langkah terbaik ke arah penyelesaiannya.
Mengenai permintaan para penternak ikan terbabit supaya mereka diberi kawasan baharu untuk penternakan ikan dalam sangkar, katanya, kerajaan negeri sedang menimbang perkara itu memandangkan kawasan penternakan sedia ada tidak sesuai lagi diteruskan sebagai kawasan penternakan ikan.
Sementara itu seorang pengusaha ikan dalam Ng Choo Kwan, 35, berkata, beliau mengetahui ternakan ikannya mati pada jam 7 malam semalam dan kejadian itu sungguh mengejutkan.
Katanya, susulan kejadian itu beliau mengalami kerugian lebih RM200,000.
"Saya dan rakan-rakan penternak yang terlibat bimbang tentang nasib masa depan kami kerana sudah kehilangan punca pendapatan.
"Saya amat mengharapkan kerajaan negeri Perak dapat membantu meringankan beban masalah kami selain memberikan kami kawasan baharu untuk menternak ikan.
"Paling menyedihkan sudah 7 tahun kami menternak ikan... baru semalam berlakunya kejadian mengejutkan ini, kami sudah kehilangan punca pendapatan," katanya.
Aida Aziz
Thu Aug 29 2019
![Kegiatan ternak ikan dalam sangkar di Tanjung Piandang lumpuh Kegiatan ternak ikan dalam sangkar di Tanjung Piandang lumpuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51567076681_TBPENTERNAKIKAN.jpg)
Ada cadangan daripada pengusaha ikan sangkar supaya mreka diberikan kawasan baharu untuk menjalankan ternakan mereka. - Astro AWANI
![Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635504957_AnnaJenkins.jpg)
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
LBS rai Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 Bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Rabu.
11 pekerja asing kilang haram ditahan bersama RM21.83 juta e-waste
Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak menyerbu sebuah kilang memproses peleraian buangan elektrik dan elektronik (e-waste) haram di Machang Bubok dan merampas e-waste bernilai RM21.83 juta.
Jenayah penipuan pelaburan (setakat 2 Februari 2025)
Sejumlah 765 kes penipuan pelaburan telah dicatatkan setakat 2 Februari 2025. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut menyatakan jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta.
2,000 ditahan kerana dadah dalam 37 hari
Lebih 2,000 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan dadah di Perak dalam tempoh 37 hari tahun ini, dari Januari hingga Khamis.
Isu beras, harga lantai padi diumum minggu depan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada 13 Februari ini mengenai isu beras, khususnya berhubung harga lantai bagi padi.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter selesai
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong pagi Khamis, telah selesai.
![Longgokan ikan mati di Sungai Kundang akibat pencemaran minyak Longgokan ikan mati di Sungai Kundang akibat pencemaran minyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709360466_ikanmati.jpg)
Longgokan ikan mati di Sungai Kundang akibat pencemaran minyak
Sebanyak 33 guni ikan mati telah dibersihkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di perangkap sampah Sungai Kundang di sini pada Sabtu.
![Ribuan ikan mati akibat pembuangan sisa kilang Ribuan ikan mati akibat pembuangan sisa kilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696922622_Ikanmati.jpg)
Ribuan ikan mati akibat pembuangan sisa kilang
Ribuan ikan ditemui mati dan terapung di Kolam Tadahan Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam di sini dipercayai akibat pencemaran berpunca daripada pembuangan sisa kilang.
![Air merah: Pulau Pinang akan salur bantuan kepada penternak ikan dalam sangkar terjejas Air merah: Pulau Pinang akan salur bantuan kepada penternak ikan dalam sangkar terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693729468_ikan.jpg)
Air merah: Pulau Pinang akan salur bantuan kepada penternak ikan dalam sangkar terjejas
Pulau Pinang akan menyalurkan bantuan kepada penternak ikan dalam sangkar yang mengalami kerugian apabila banyak ikan ternakan mereka mati akibat fenomena air merah.
![Ikan, hidupan laut mati akibat air pasang merah di Pulau Pinang Ikan, hidupan laut mati akibat air pasang merah di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693223120_Jalurmerahjambu.jpg)
Ikan, hidupan laut mati akibat air pasang merah di Pulau Pinang
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dalam masa sama pihaknya akan terus memantau fenomena itu yang telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan nelayan.
![Ribuan ikan mati di tasik UniSZA akibat cuaca panas Ribuan ikan mati di tasik UniSZA akibat cuaca panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683948024_TBikanmati.jpg)
Ribuan ikan mati di tasik UniSZA akibat cuaca panas
Ribuan ikan tilapia ditemui mati di tasik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada petang Khamis akibat kekurangan oksigen terlarut susulan cuaca panas dan peningkatan muatan organik.
![Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682414935_SungaiMelaka.jpg)
Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka
Kerajaan negeri akan mengadakan pertandingan memancing dan pesta masakan ikan sungai sebagai langkah proaktif menghadapi fenomena ribuan ikan mati di Sungai Melaka.
![Penduduk terkejut jutaan ikan mati terdampar di sungai New South Wales Penduduk terkejut jutaan ikan mati terdampar di sungai New South Wales](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679196068_TBWEBSCREENBBCjp.jpg)
Penduduk terkejut jutaan ikan mati terdampar di sungai New South Wales
Kematian ikan pada skala besar itu pertama kali dilaporkan bandar tersebut.
![Berputih mata 8 tan ikan air tawar mati Berputih mata 8 tan ikan air tawar mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663282943_IkanMati.jpg)
Berputih mata 8 tan ikan air tawar mati
Pengurus kolam berkata, kejadian terbabit disedarinya pada jam 7.30 pagi ketika dia mahu memulakan operasi.
![Ribuan ikan di Sungai Tuang mati bukan sebab pencemaran Ribuan ikan di Sungai Tuang mati bukan sebab pencemaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648506323_IkanMati.jpg)
Ribuan ikan di Sungai Tuang mati bukan sebab pencemaran
Ketua Menteri berkata, ikan itu dibuang oleh mereka yang memasang jaring hanyut atau pekap di pantai sekitar.
![50 penternak ikan gesa kerajaan negeri percepat proses gali semula kuala Sungai Semerak 50 penternak ikan gesa kerajaan negeri percepat proses gali semula kuala Sungai Semerak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645653742_Pengusahaikansangk.jpg)
50 penternak ikan gesa kerajaan negeri percepat proses gali semula kuala Sungai Semerak
Penternak ikan di kuala sungai itu menanggung jumlah kerugian yang banyak akibat daripada pencemaran air.