KUALA LUMPUR: Kehadiran Armada Laut Turki yang merupakan lawatan pertama mereka ke Malaysia setelah hampir satu dekad merupakan terjemahan kepada hubungan erat Malaysia dan Turki, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang berkunjung ke kapal korvet TCG Kinaliada dari Tentera Laut Turki di Pelabuhan Klang petang Selasa berkata hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Sebagai contoh beliau berkata penubuhan TUSAS Malaysia Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Turkish Aerospace Industries Inc di Cyberjaya telah membuka peluang pekerjaan kepada lebih 100 jurutera Malaysia untuk berkhidmat dan menimba kepakaran dalam sektor ketenteraan.
Menurutnya nilai dagangan antara Malaysia dan Turki pula telah mencapai AS$4.46 bilion dengan potensi pertumbuhan yang besar.
"Saya yakin hubungan erat yang terjalin ini akan terus membawa kelebihan yang besar di antara kedua-dua negara. Semoga hubungan yang terjalin ini akan terus diperkasa dan menjadi kunci kepada kemakmuran bersama," katanya dalam hantaran di Facebook beliau.
TCG Kinaliada berlabuh di Malaysia selama tiga hari bermula Isnin sebelum meneruskan perjalanan ke Jepun sempena ulang tahun ke-100 hubungan diplomatik Turki-Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Ahmad Zahid ketika bersalaman dengan Armada Laut Turki. - Foto Facebook/Ahmad Zahid Hamidi
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.