Kehadiran lebih ramai murid Orang Asli ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi menunjukkan perkembangan positif dengan purata kehadiran sekitar 115 orang sehari berbanding 101 orang pada minggu pertama persekolahan.
Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang Muhammad Zahari Othman berkata peningkatan itu disebabkan pelbagai faktor termasuk kesedaran ibu bapa dan murid, selain keadaan cuaca dan usaha berterusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
"Setakat ini peratus kehadiran pelajar adalah antara 55 hingga 58 peratus setiap hari dan ia adalah keadaan biasa seperti tahun-tahun sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Muhammad Zahari berkata peratusan tersebut memang lazim dialami sekolah berkenaan pada bulan Januari setiap tahun.
Beliau berkata kerjasama masih dijalankan semua pihak terutama pengurusan SK Tohoi dan JAKOA bagi memastikan pertambahan kehadiran pelajar.
BACA: Norieen, Miksudiar belum mulakan persekolahan mereka
BACA: Norieen, Miksudiar suarakan hasrat pindah ke SK Kuala Betis
Makin pulih
"Berdasarkan trend semasa ini kami yakin pertambahan murid ke sekolah akan meningkat dari semasa ke semasa. Kami dapati masyarakat Orang Asli juga secara beransur-ansur makin pulih daripada trauma insiden kehilangan murid Orang Asli Ogos lalu," kata Muhammad Zahari.
Beliau berkata jumlah kehadiran murid akan meningkat selepas Tahun Baharu Cina apabila kemarau bermula dan jalan tidak lagi becak untuk digunakan murid ke sekolah.
"Pelbagai program kaunseling akan terus dilaksanakan terutama kepada ketua masyarakat dan ibu bapa masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi untuk membina semangat dan kekuatan bagi meneruskan pembelajaran anak masing-masing.
"Antara program itu termasuk khidmat mesra masyarakat Orang Asli bersama 37 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada Jumaat dan Sabtu ini," katanya.
SK Tohoi mempunyai 189 murid dan kebanyakan mereka tinggal di Kampung Penad, Gawin, Simpor, Sedal, Dangdut, Halak, Rekom dan Jader, kira-kira 60 kilometer dari SK Tohoi.
Lari asrama
Ogos lepas, tujuh murid SK Tohoi bertindak melarikan diri daripada asrama kerana takut dikenakan hukuman oleh guru selepas mandi di sungai tanpa kebenaran.
Selepas hampir 50 hari hilang, Norieen dan Miksudiar ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan dan dehidrasi di tebing sungai dalam hutan di situ.
Selain Miksudiar dan Norieen, lima lagi kanak-kanak yang hilang ialah Ika Ayel (9 tahun), Sasa Sobrie (8), Haikal Yaakob (8), Linda Rosli (8) dan Juvina David (7), yang kesemuanya dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.
Lebih memilukan, empat daripada kanak-kanak itu - Ika, Haikal, Linda dan Juvina ditemui mati, manakala Sasa hingga kini belum ditemui.
BACA: Kronologi: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang
Bernama
Fri Jan 15 2016

Setakat ini peratus kehadiran pelajar di Sk Tohoi adalah antara 55 hingga 58 peratus setiap hari. - Gambar fail

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.

Parlimen: Kegagalan mencukupkan kuorum menghina Dewan
Setiap ketua parti, gabungan dan Ahli Parlimen didesak supaya menjamin kehadiran sekurang-kurangnya 50 peratus Ahli Parlimen.

Ketua parti diminta tentukan kehadiran dalam dewan - Speaker
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Parlimen Jumaat lepas dan jumlah kehadiran dan masa persidangan masih dalam pertimbangan.

Pengoperasian pejabat kerajaan mengikut fasa PPN mulai 26 Julai - KSN
Ia selaras pengumuman Timbalan Perdana Menteri mengenai perubahan kadar peratusan kehadiran ke pejabat bagi sektor awam berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi.

Kerajaan perkemas sistem kehadiran penjawat awam
Kerajaan akan memperkemaskan sistem pemeriksaan kehadiran penjawat awam di pejabat kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berterusan berikutan pelaksanaan PKP.

Rais tegur sikap ahli Dewan Negara 'hilang' selepas tekan 'butang'
Rais berkata kehadiran di Dewan Negara penting bukan hanya pada sesi perbahasan sahaja, tetapi juga pada sesi lain bagi membolehkan isu dan soal kepentingan rakyat dibincang dan dibela.

Sambutan Krismas di Wilayah Persekutuan dibenarkan
Kebenaran itu selaras SOP dan protokol sambutan perayaan yang dikeluarkan MKN bagi tempoh PKP Pemulihan dan PKP Bersyarat.

Murid Orang Asli lalui pelbagai rintangan ke sekolah, kerajaan disaran naikkan wang saku
Kerajaan diminta mempertimbang cadangan untuk menaikkan kadar wang saku murid dan pelajar Orang Asli daripada RM2 kepada RM10 sehari bagi menggalakkan kehadiran mereka ke sekolah.

Elak tak cukup kuorum, Khalid gesa PH lantik Ketua Backbenchers
Gesaan dikemukakan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad susulan berlaku kejadian tidak cukup kuorum dalam Dewan Rakyat semalam.

Sidang Dewan Rakyat tertangguh, menteri, timbalan 'hilang'
Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangkit berdiri dan mempersoalkan kepada Yang Dipertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan mesyuarat itu.

Prestasi kehadiran lemah: PM tidak puas hati
Perdana Menteri menegaskan, mereka yang gagal hadir ke Parlimen perlu mengemukakan alasan yang kukuh atas ketidakhadiran tersebut.