BUKIT MERTAJAM: Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke rumah kenduri kahwin di Kampung Pelet, di sini mengubati duka pengantin lelaki yang kematian ibunya semalam.
Anwar dan isteri tiba di rumah pengantin pada 4.20 petang sebelum bertemu pasangan pengantin Mohd Farhan Mohd Mohd Noor, 29, dan Nurul Fateinul Ain Mazlan, 26.
Seterusnya Perdana Menteri dan isteri menjamu selera sebelum beramah mesra dengan tetamu yang hadir serta turut sempat meluangkan masa bergambar dengan pengantin serta ahli keluarga untuk kenang-kenangan.
Anwar dan Wan Azizah meluangkan masa di majlis kenduri kahwin itu kira-kira 20 minit dan tetamu yang hadir turut mengambil peluang bergambar dengan Perdana Menteri serta isteri.
Mohd Farhan yang ditemui berkata beliau langsung tidak menjangka akan kehadiran Perdana Menteri dan isteri ke majlis perkahwinannya hari ini malah turut terkejut apabila dimaklumkan mengenai kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.
Mohd Farhan yang bekerja sendiri berkata beliau dimaklumkan kehadiran Anwar dan Wan Azizah ke majlisnya hari ini adalah atas jemputan daripada arwah ibunya Sabariah Darus, 54, yang merupakan kenalan lama kepada Perdana Menteri.
Katanya beliau percaya jika ibunya masih ada, pasti arwah yang paling gembira dengan kehadiran Anwar dan isteri ke majlis perkahwinannya hari ini kerana memang itu hajatnya yang mahu Perdana Menteri hadir di kenduri itu.
"Benda memang tidak dijangka langsung (kehadiran perdana menteri) kerana mak saya baru sahaja meninggal 6.40 pagi semalam kerana kegagalan buah pinggang...saya dan keluarga masih dalam keadaan sedih sebenarnya kerana kematian mak.
"Tapi dengan kehadiran Perdana Menteri tadi, saya dan semua gembira..ini sekurang-kurangnya dapat mengubat duka dengan kematian mak...perasan sekarang ini bercampuk aduk, lagipun saya tak jangka yang perdana menteri datang untuk raikan kami," katanya.
Beliau yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik mengucapkan ribuan terima kasih kepada perdana menteri dan isteri kerana hadir ke majlis perkahwinannya.
Majlis akad nikah Mohd Farhan dan Nurul Fateinul Ain berlangsung pada 29 April lepas di Kota Bahru, Kelantan dan ketika itu Sabariah turut tidak dapat menghadirinya kerana telah dimasukkan ke hospital ekoran mengalami masalah buah pinggang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama pasangan pengantin Mohammad Farhan Mohd Nor dan Nurul Fatienul Ain Mazlan ketika menghadiri majlis kenduri kahwin pasangan itu di Kampung Pelet. - Foto BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Detik indah pengantin baharu bertukar kecoh susulan letupan kuat di Beirut
Kegembiraan itu bagaimanapun berubah sekelip mata apabila lokasi resepsi pasangan pengantin tersebut digegarkan dengan letupan kuat.

Pelamin anganku musnah! 'Pengantin lelaki' rupa-rupanya...
Identiti pengantin lelaki itu gagal disembunyikan selepas tetamu mula curiga dengan perwatakan dia yang didakwa mirip seorang wanita.

Perunding perkahwinan hilang punca mata pencarian sepanjang PKP
Tempoh yang sukar juga terpaksa ditempuh bagi perunding perkahwinan apabila punca rezeki mereka hilang, lebih malang mereka terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit.

'Pengantin' kongsi rezeki, agih sarapan di tepi jalan
Seorang pemilik perniagaan, Nor Hamidi Mohd nadzir sekadar mahu berkongsi rezeki selepas perniagaannya mencatatkan keuntungan.