Jabatan Peguam Negara akan memansuhkan kehendak dalam Aturan 53 Kaedah 3(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dalam kes semakan kehakiman agar kesemua kertas kausa disampaikan kepada jabatan tersebut.
Peguam Negara, Tommy Thomas berkata pemansuhan tersebut adalah sebagai langkah menggalakkan perkembangan semakan kehakiman oleh mahkamah dalam dua cabang undang-undang iaitu perlembagaan dan undang-undang pentadbiran.
Justeru, katanya, jabatan itu akan berbincang dengan Majlis Peguam dan Jawatankuasa Kaedah untuk memansuhkan kehendak dalam Aturan 53.
Dalam kenyataan di sini pada Isnin, beliau berkata, sementara menunggu pindaan tersebut berkuat kuasa, kehendak penyampaian ke atas jabatan itu diketepikan mulai dari sekarang.
"Ini terutamanya apabila sebahagian besar kes semakan kehakiman melibatkan pertikaian antara majikan dengan kesatuan sekerja atau pekerja individu yang sering kali berpunca daripada award Mahkamah Perindustrian.
"Pertikaian seperti itu bersifat persendirian dan tidak mempunyai elemen awam. Bagi kes sedemikian, adalah lebih wajar untuk mengendalikannya seperti litigasi biasa oleh pihak persendirian tanpa meibatkan kerajaan," katanya.
Thomas menjelaskan walaupun dalam kategori kes yang melibatkan cabaran kepada keputusan Eksekutif atau badan-badan berkanun, yang semestinya melibatkan kepentingan awam, penyampaian di peringkat kebenaran di bawah Aturan 53 tidak diperlukan mulai sekarang.
"Oleh itu, jabatan akan memberikan kesan terhadap maksud tersurat dan tersirat prosedur dua peringkat di bawah Aturan 53. Hal ini bergantung kepada pemohon untuk menyakinkan mahkamah secara ex-parte bahawa ambang (threshold), walau sekecil mana sekalipun, telah dipenuhi.
"Walau bagaimanapun, terdapat satu pengecualian...dalam kes apabila Jabatan Peguam Negara akan mewakili responden di peringkat antara pihak, kami berhak untuk diwakili peguam pada peringkat kebenaran.
"Begitu juga sekiranya kami diminta oleh mahkamah untuk membantu," katanya.
Thomas berkata jabatan itu turut mengiktiraf akan pentingnya menggalakkan semakan kehakiman sebagai satu cara untuk membangunkan undang-undang awam.
"Untuk tujuan itu, kami tidak akan, melainkan jika keadaan luar biasa yang mengkehendakinya, akan menuntut kos sekiranya kami berjaya dalam prosiding semakan kehakiman.
"Begitu juga, jabatan mengharapkan pihak lawan dan peguam mereka untuk membalasnya supaya jurisprudens yang telah sedia berkembang dalam mahkamah iaitu litigasi undang-undang awam hendaklah 'bebas dari kos' serta menjadi ciri-ciri undang-undang Malaysia yang mapan," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Jul 23 2018

Thomas berkata pemansuhan tersebut adalah sebagai langkah menggalakkan perkembangan semakan kehakiman oleh mahkamah dalam dua cabang undang-undang iaitu perlembagaan dan undang-undang pentadbiran. - BERNAMA/Fail

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Kehendak Aturan 53 dalam kes semakan kehakiman dimansuhkan - Peguam Negara
Pemansuhan tersebut adalah sebagai langkah menggalakkan perkembangan semakan kehakiman oleh mahkamah dalam dua cabang undang-undang.