KUALA LUMPUR:Keimanan dan ketakwaan Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah menjadi lambang kekuatan kepada semua wanita di negara ini.
Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata walaupun bergelar isteri dan ibu kepada Perdana Menteri, namun beliau masih mengekalkan sifat kesederhanaan.
"Tun Rahah adalah seorang yang beriman. Saya rasa kekuatan beliau datang daripada keimanan beliau. Seorang yang bertakwa.
"Saya yang paling minat juga adalah kesederhanaan beliau, walaupun menjadi isteri dan ibu kepada perdana menteri, tetapi apabila kita bersama dengan beliau kita pun rasa aman dan damai.
"Saya rasa itu satu pemberian daripada Allah. Aura beliau sangat luar biasa, apabila kita tengok muka beliau pun, sejuk hati, macam ada nur (cahaya) terpampang, bercahaya mukanya," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
Tambah beliau, Tun Rahah turut berperanan sebagai seorang wanita yang menjadi penguat kepada individu-individu penting dalam keluarganya.
"Saya minat sangat (kepada Tun Rahah), terutama dalam dunia politik yang banyak memberi cabaran dan lain-lain.
"Jadi perlu ada di sisi kita seorang, yang sama ada suami, isteri, ibu, keluarga atau kawan... mereka yang tenang, aman, mempunyai kebijaksanaan dan Tun Rahah mempunyai kebijaksanaan," katanya mengenang jasa dan pengorbanan Tun Rahah.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Dec 19 2020

Keimanan dan ketakwaan Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah menjadi lambang kekuatan kepada semua wanita di negara ini. - Bernama

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

HAWA mampu jadi wadah kepada masyarakat depani cabaran - Ahmad Zahid
Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) mampu menjadi wadah kepada masyarakat khususnya wanita dan keluarga dalam mendepani cabaran.

Kes NFCorp: Mahkamah Tinggi lepas dan bebas Mohamad Salleh, tiga anak
Hakim memutuskan NFCorp perlu mengembalikan sejumlah pinjaman yang tidak digunakan sebanyak RM33 juta kepada Kerajaan.

Keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation 13 Oktober
Mahkamah Tinggi menetapkan 13 Okt untuk keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation (NFC).

Isu kewarganegaraan: Bincang semula cadangan pindaan Perlembagaan mudaratkan kanak-kanak - HAWA
Kerajaan digesa tidak lagi menangguhkan proses pindaan membolehkan kanak-kanak mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik tanpa dihalang oleh status perkahwinan dengan rakyat bukan wargenegara.

Hawa bertekad jadi penghubung suara masyarakat awam dan profesional - Shahrizat
Pengerusi Hawa, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menjelaskan ia merupakan satu kerjasama pintar yang melangkaui sempadan politik kepartian.

Pemilihan UMNO: Tewas kepada Noraini, Shahrizat terima dengan hati terbuka
Beliau berharap Noraini akan membawa Wanita UMNO ke satu tahap yang lebih cemerlang.

Noraini atasi Shahrizat, pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO
Datuk Noraini Ahmad mempertahan jawatan Ketua Wanita UMNO dalam saingan pemilihan sayap menewaskan pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Pemilihan UMNO: Persaingan sengit Shahrizat, Noraini
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Shahrizat kembali mendahului undian setakat jam 8 malam selepas Noraini mendahuluinya seketika.

Pemilihan UMNO: "Ketika kita perlu 'wartime general', mungkin dia Kak Ijat?" - Khairy
Tan Sri Shahrizat dijangka berada di kedudukan selesa untuk merampas semula jawatan Ketua Wanita UMNO.

Wanita UMNO tak boleh sekadar duduk dalam bayang-bayang lagi - Shahrizat
Keberadaan itu penting, dan Wanita UMNO tidak boleh memimpin secara senyap, bergerak seperti bayang-bayang sahaja.