MEMPEROLEH ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia muda sahaja sudah cukup mengkagumkan, apatah lagi jika bukan satu PhD sahaja yang sudah berada di dalam genggamannya.
Pada usia 36 tahun, Alif Jasni bukan sahaja sudah memiliki dua PhD malah empat ijazah sarjana (Master) dan kini sedang menyambung penyelidikan PhD ketiganya.
Beliau yang kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar Dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu tampil sebagai jejaka keenam Man of The Moment Maskulin.
Bagaimanapun, di sebalik kejayaan akademiknya yang memberi inspirasi itu, beliau sebenarnya sedang bergelut melawan suatu kesakitan yang tidak mampu dilihat mata orang lain.
Alif merupakan penghidap sejenis penyakit yang jarang didengari iaitu Arnolds Chiari Malformation, atau juga dikenali sebagai kecacatan Chiari di mana tisu otak meluas ke dalam saluran tulang belakang, demikian menurut laman web Hello Doktor.
Berkongsi kepada Maskulin, Alif merasai gejala penyakit itu sejak zaman persekolahan lagi namun mula menyedarinya ketika berusia 21 tahun.
“Setiap kali saya bersin dan batuk, saya rasa sakit pada separuh badan. Jadi saya rasa pelik.
“Bila pergi hospital, doktor cadangkan untuk buat MRI (Pengimejan Resonans Magnet).
“Bila buat MRI, nampak ada air tersumbat dalam tulang belakang. Itu yang menyebabkan isyarat salah kepada badan saya,” jelasnya.
Setiap peghidap penyakit itu mengalami gejala yang berbeza-beza namun bagi Alif sendiri, beliau mengalami rasa lemah, kebas dan sakit di bahagian kiri badannya.
Baginya, mengangkat sebutir telur menggunakan tangan kiri pun terasa berat dan sakit berbanding menggunakan tangan kanan.
“Kalau lidi, cucuk sebelah sini (tangan kanan) rasa sakit. Kalau sebelah sini (tangan kiri) tiada rasa sakit.
“Kalau memasak dan terbakar tangan, kita tak sedar tangan terbakar. Esok tu baru sedar ada kesan melecur pada tangan,” ceritanya lagi.
Gejala itu masih lagi berlaku meskipun Alif sudah menjalani pembedahan ketika berusia 27 tahun kerana tujuan utama pembedahan itu adalah untuk mengelakkan risiko gejala-gejala lain daripada berlaku di masa hadapan.
“Penyakit ini boleh membawa kepada lumpuh kaki kerana ia melibatkan tulang belakang.
“Tapi insya-Allah, saya berharap penyakit itu sampai di sini sahajalah. Lemah di setengah badan sahaja, tidak membawa kepada gejala-gejala yang lain,” katanya.
Ada WhatsApp Group Dengan Penghidap Lain
Setakat ini, Alif sudah menemui 10 orang penghidap penyakit yang sama di Malaysia dan telah menubuhkan satu kumpulan di aplikasi WhatsApp untuk saling berhubung.
Di antara mereka, ada yang tidak mampu menggerakkan leher, gagal mengawal pundi kencing, dan ada juga yang kerap merasa pening, demikian menurut Alif.
Ditanya mengenai bagaimana beliau melawan kesakitan yang dihadapi dalam mengecapi pencapaian akademiknya, Alif mengakui pengajiannya yang dilakukan secara penyelidikan mempunyai kelebihan terhadap keadaannya itu.
Katanya, jadual pengajian secara penyelidikan mempunyai jadual yang lebih fleksibel di mana beliau boleh menentukan sendiri waktu untuk belajar, beriadah dan berehat.
Untuk mendengar perkongsian Dr Alif lebih lanjut, tonton video penuh Man of The Moment episode keenam di saluran Youtube Maskulin. - Maskulin
Maskulin
Fri Feb 09 2024

Alif sedang menyambung penyelidikan PhD ketiganya. - Gambar/ Maskulin
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kejar PhD ketiga pada usia 36, Alif Jasni lawan sakit 'Arnolds Chiari Malformation'
Pada usia 36 tahun, Alif Jasni bukan sahaja sudah memiliki dua PhD malah empat ijazah sarjana (Master) dan kini sedang menyambung penyelidikan PhD ketiganya.