Sebuah kereta peronda polis terbabas akibat dihimpit sebuah kereta sewaktu adegan mengejar pencuri di persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga, Parit Buntar awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian 4.15 pagi, dua anggota polis berpangkat koperal telah menerima maklumat awam mengatakan ada sebuah kereta jenis Proton Wira sedang mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Jalan Siakap, di sini.
Katanya, dua anggota berkenaan menaiki kereta peronda jenis Proton Inspira menuju ke lokasi aduan, namun setibanya di sana, kereta mereka hampir dirempuh sebuah kereta dinaiki empat suspek yang cuba melarikan diri ke Pusat Bandar Bagan Serai.
"Kereta suspek terus memecut melalui Jalan Ipoh-Butterworth menghala ke arah Pusat Bandar Parit Buntar, manakala kereta peronda dinaiki anggota polis bertindak mengekorinya sambil meminta bantuan tambahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV).
"Ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga, Parit Buntar, kereta suspek bertindak menghimpit kereta peronda berkenaan sewaktu cuba dihentikan anggota polis terbabit, lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar penghadang jalan," katanya kepada media sewaktu meninjau keadaan kereta peronda itu di Pejabat Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian hari ini.
Omar Bakhtiar berkata kesan kemalangan itu menyebabkan kereta peronda dinaiki dua anggota polis MPV berkenaan mengalami kerosakan di bahagian bonet belakang, lampu belakang, cermin belakang serta tayar dan rod tayar belakang pecah dan patah.
Namun kedua-dua anggota polis berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kereta suspek jenis Proton Wira, berwarna hijau gelap dan nombor pendaftaran tidak dapat dilihat kemudiannya melarikan diri menghala ke Jalan Taiping, Parit Buntar.
"Polis mengenal pasti empat suspek menaiki kereta itu merupakan lelaki Melayu, berumur lingkungan 20 hingga 25 tahun, berbadan kecil dan berpakaian gelap," katanya.
Omar Bakhtiar berkata, siasatan polis di lokasi kejadian curi kabel di Taman Sri Siakap, Jalan Siakap di sini mendapati sejumlah kabel TM sepanjang 15 meter siap dipotong, ditinggalkan di sisi jalan bersama peralatan memotong oleh kumpulan suspek berkenaan.
Katanya kejadian itu merupakan kali kedua kes curi kabel TM berlaku di kawasan Jalan Siakap, di sini dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Telekom Malaysia.
"Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak turut dipanggil dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 43(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh dan mencuri kabel," katanya.
Sehubungan itu beliau meminta mana-mana saksi kejadian tampil ke IPD Kerian untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. -- Bernama
Bernama
Sun Feb 25 2018
![Kejar suspek curi kabel, kereta peronda polis terbabas Kejar suspek curi kabel, kereta peronda polis terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61519566046_polis.jpg)
Kemalangan itu menyebabkan kereta peronda dinaiki dua anggota polis MPV berkenaan mengalami kerosakan di bahagian bonet belakang, lampu belakang, cermin belakang serta tayar dan rod tayar belakang pecah dan patah. - Gambar hiasan
![‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual ‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739080514_tbjurujualSetiaC.jpg)
‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual
Beberapa jurujual menyifatkan insiden tembak di Setia City Mall, Setia Alam malam tadi satu kejadian yang tidak dapat dilupakan.
![LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739074725_tbLBSCNY.jpg)
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
![Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71587468972_curikabel.jpg)
Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas
Hasil serbuan pihak polis di tiga lokasi yang berasingan pada Isnin telah membawa kepada tangkapan kesemua suspek.