Kejayaan Airul Firham Che Amran di World Skills Competition yang diadakan di Sao Paulo mengakhiri penantian negara untuk merangkul sebuah pingat di acara gemilang itu.
Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kuala Kubu Baharu yang berusia 21 tahun itu sekali gus menjadi peserta pertama negara menaiki podium daripada 12 penyertaan Malaysia di WSC sejak 1993.
“Saya rasa bangga, gembira dan bersyukur dengan kemenangan ini,” kata Airul Firham yang memenangi pingat gangsa dalam bidang kemahiran dandanan rambut.
Ketika diminta untuk mengulas tentang minatnya dalam bidang dandanan rambut, Airul Firham berkata ia bermula secara tidak langsung.
Ini kerana, minatnya lebih kepada pekerjaan beruniform seperti polis.
“Kakak ipar saya merupakan cikgu di GIATMARA dalam bidang fesyen. Dia juga sering masuk beberapa pertandingan. Pada masa yang sama, saya sebelum ini pernah gunting rambut rakan-rakan.
“Mungkin dari situ dia nampak kemahiran saya dan suruh saya mencuba bidang dandanan rambut. Saya masuk GIATMARA dan kemudian ke Khal Hair Salon,” jelasnya.
Beliau akui bidang ini juga membolehkan beliau untuk menonjolkan kreativiti menerusi pelbagai modul yang memerlukan beliau bereksperimen dengan pelbagai gaya rambut dan warna.
Dengan kemahiran yang ada, Airul Firham mula memasuki beberapa pertandingan di dalam negara dan juga luar negara seperti di Vietnam, New Zealand dan yang terbaru di Sao Paulo.
“Kalau nak ikutkan, saya dah boleh menang pingat emas dah, tapi mungkin sistem pemarkahan tidak memihak kepada saya.
“Terdapat lapan modul seperti Modern Classic, Main Fashion, Bridal Long Hair Up dan Hair Tattoo. Markah saya konsisten berbanding dengan pesaing lain namun ia tidak memihak kepada saya,” katanya.
Sementara itu, Airul Firham akui masih terlalu muda untuk mengedalikan salon sendiri dan perancangan beliau selepas ini adalah untuk memenangi pingat emas di World Skills Competition yang seterusnya di Abu Dhabi pada tahun 2017.
“Saya ingin tebus kegagalan saya untuk menang pingat emas di Brazil di sana (Abu Dhabi). Selain itu, saya juga ingin menjadi pelatih kepada anak-anak muda yang lain,” katanya.
Beliau turut muncul dalam program Analisis AWANI dan berkata bidang kemahiran bukan bidang kelas kedua dan ia mampu memberi peluang pekerjaan.
Di Sao Paulo, Airul Firham turut diumumkan sebagai penerima 'Best of Nation' yang mengiktiraf peserta terbaik bagi setiap negara yang bertanding.
Kejayaan Airul Firham itu turut diiringi 12 peserta negara yang menerima pingat kecemerlangan setelah berjaya mengumpul lebih 500 mata dalam bidang masing-masing.
Pertandingan di Sao Paulo disertai 1,200 peserta dari lebih 60 negara de¬ngan sebanyak 50 bidang kemahiran dipertandingkan.
Syafique Shuib
Sun Aug 23 2015
Airul Firham Che Amran menjadi peserta pertama negara menaiki podium dalam 12 penyertaan Malaysia di World Skills Competition sejak 1993. -Gambar: Astro AWANI/Syafique Shuib
Tumpuan Jumaat – 24 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Turkish Airlines sambung semula penerbangan ke Damsyik selepas 13 tahun
Syarikat penerbangan Turkish Airlines menyambung semula penerbangan ke ibu negara Syria, Damsyik, pada Khamis selepas hampir 13 tahun.
Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM
KPKM hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
AWANI Tonight 23 Jan 2025
AWANITonight with Ashwad Ismail & Najib Aroff
1. A special coverage of WEF 2025 from Davos, Switzerland
1. A special coverage of WEF 2025 from Davos, Switzerland
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara
Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago.
Banjir Sarawak: 91 mangsa berlindung di PPS Saratok
Keadaan banjir di daerah Saratok setakat petang ini masih kekal dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak yang dibuka bagi menempatkan sejumlah 91 mangsa.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Kejayaan Airul Fiham tamat penantian negara di World Skills Competition
Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kuala Kubu Baharu, itu menjadi peserta pertama negara menaiki podium dalam 12 penyertaan Malaysia di WSC sejak 1993.