KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerjasama erat semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat serta kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah memungkinkan perhimpunan seperti sambutan perayaan diadakan.
Beliau berkata hasil kejayaan PICK membolehkan rakyat menikmati kelonggaran di sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat setelah tahap vaksinasi golongan dewasa mencapai 95.1 peratus sehingga semalam.
Justeru, Perdana Menteri turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan, kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap kerajaan untuk memulihkan negara dalam tempoh yang mencabar ini.
"Berbanding dengan tahun lepas, perayaan Deepavali tahun ini disambut lebih meriah dalam suasana norma baharu. Ramai juga yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman bertemu sanak- saudara selepas kerajaan membenarkan rentas negeri pada 11 Oktober lalu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2021 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini malam ini, yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.
BACA: Semai semangat Keluarga Malaysia agar perpaduan terus kukuh - PM Ismail Sabri
Ismail Sabri bagaimanapun mengingatkan rakyat agar terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan tidak bersikap sambil lewa atau memandang enteng terhadap ancaman COVID-19 kerana pandemik ini akan terus membelenggu dan menyekat kebebasan sekiranya lalai.
Perdana Menteri menyeru rakyat menyemai semangat Keluarga Malaysia agar perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini terus kukuh sempena meraikan perayaan Deepavali.
Beliau berkata konsep Keluarga Malaysia juga memberi fokus kepada nilai kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran, yang merupakan benih mencambahkan penyatuan rakyat Malaysia selama ini.
"Nilai-nilai murni ini turut ditekankan dalam setiap agama dan menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya demi keharmonian, kemakmuran dan kemajuan negara," katanya.
Dalam melaksanakan agenda pembangunan negara, beliau berkata kerajaan sentiasa komited menjaga kebajikan semua kaum di negara ini untuk memastikan tidak ada yang tersisih termasuk kaum India.
"Dalam Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM145 juta bagi memperkasa sosioekonomi komuniti India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India dan dana pembiayaan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh Tekun Nasional.
"Selain itu kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi kerja pembaikan penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pelaksanaan aktiviti komuniti dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat dan penduduk setempat," katanya.
Ismail Sabri berkata semangat perpaduan dan kerjasama diamalkan membolehkan rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman sejahtera walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan agama, bahasa dan budaya berlainan.
Beliau berkata perbezaan juga menjadikan rakyat Malaysia sebagai satu masyarakat yang kaya dengan budaya, malah menjadi faktor penyatu yang dikagumi masyarakat luar negara.
"Istimewanya kita di Malaysia, Deepavali disambut dengan penuh meriah dalam semangat Keluarga Malaysia yang bersifat lebih inklusif, merentas sempadan agama, budaya dan kaum.
"Harapan saya agar perayaan ini akan memekarkan lagi perpaduan, menyimpulkan ikatan tali perhubungan antara Keluarga Malaysia dan keharmonian sesama kita di bumi Malaysia yang tercinta ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2021 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) Jalan Ampang hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.

Lebih 870,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 43.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 660,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,477,888 kanak-kanak 5-11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 16 juta dewasa di Malaysia terima dos penggalak vaksin COVID-19
Sejumlah 22,963,644 atau 97.6 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi.

Lebih setengah juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,435,586 kanak-kanak dalam kumpulan umur 5 hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 487,728 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,425,865 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Hampir 200,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,371,120 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun, atau 38.6 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

44,376 kanak-kanak di Malaysia telah lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,353,370 atau 38.1 peratus kanak-kanak 5-11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19: 15.85 juta populasi dewasa lengkap dos penggalak
Ia selepas pertambahan 4,253 dos penggalak direkodkan semalam.