KUALA LUMPUR: Tiga pasangan Malaysia termasuk beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark, hari ini.
Pearly-Thinaah, yang menerima bye pada pusingan pembukaan, mengatasi gandingan Scotland, Julie Macpherson-Ciara Torrance 21-15, 21-10 pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Royal Arena.
Beregu pilihan ke-10 itu akan menentang beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara selepas pilihan keempat itu mengatasi wakil Austria, Serena Au Yeong-Katharina Hochmeir 21-11, 21-5.
Sementara itu, hasrat satu lagi pasangan negara, Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing untuk layak ke pusingan seterusnya disekat oleh pilihan kelapan dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai selepas tewas 13-21, 11-21.
Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya apabila mengambil masa 36 minit untuk menumpaskan Lee Chun Hei-Ng Tsz Yau dari Hong Kong 21-19, 21-9.
Beregu pilihan ke-14 itu bakal berdepan pilihan ketujuh, Thom Gicquel-Delphine Delrue seterusnya selepas pasangan Perancis itu menumpaskan Marcus Ellis-Lauren Smith dari England, 21-18, 21-13.
Bagaimanapun, kempen beregu profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berakhir apabila mereka dihantar pulang ke tanah air oleh Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand dengan keputusan 15-21, 18-21.
Beregu profesional lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berhempas pulas sebelum menang dalam set penentuan menentang pasangan bukan pilihan Thailand, Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-Nga 21-16, 18-21, 21-12 .
Yew Sin-Ee Yi, pilihan ketujuh, akan akan membuat perhitungan slot suku akhir menentang pemenang perlawanan pusingan kedua antara wakil tuan rumah, Kim Astrup-Anders Rasmussen atau Alexander Dunn-Adam Hall dari Scotland.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Tiga pasangan Malaysia termasuk beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark, hari ini. - Gambar fail/Stadium Astro

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia
Pasangan ketujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas dalam aksi tiga set 12-21, 21-17, 18-21 dalam tempoh 74 minit kepada Hee Yong-Hye Jeon.

Terbuka Korea: Pearly-Thinaah akhiri cabaran selaku naib juara
Pearly Tan-M.Thinaah, menamatkan cabaran Terbuka Korea Selatan selaku naib juara selepas tewas kepada wakil tuan rumah, di Stadium Tertutup Mokpo, sebentar tadi.

Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah terlepas genggam gangsa
Hasrat Pearly Tan-M Thinaah untuk membutirkan pingat gangsa sulung buat negara dalam kempen Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian selepas dinafikan Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Olimpik Paris 2024: Kem badminton terus ‘membara’ di tengah kehangatan musim panas
Kem badminton negara terus 'membara' di tengah-tengah bahang musim panas yang mula dirasai setelah masuk hari keempat temasya Sukan Olimpik 2024 berlangsung.

Olimpik Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah cetus inspirasi kontinjen Malaysia
Mereka mempamerkan aksi penuh bertenaga dan agresif, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencipta kejutan 18-21, 21-15, 21-16.

Pearly-Thinaah usaha cari semula rentak permainan seperti di Terbuka Indonesia 2024
Pearly-Thinaah sedang berusaha mencari rentak permainan pada Terbuka Indonesia 2024 untuk dijelmakan semula pada Sukan Olimpik 2024 Paris.

Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.

Badminton Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah hampiri kejuaraan pertama musim ini
Pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah kini menghampiri untuk memenangi gelaran pertama mereka tahun ini, selepas layak ke final Terbuka Hong Kong 2023, esok.

Badminton Dunia BWF: M. Thinaah berterima kasih kepada Pearly Tan
Sebelum pulang ke tanah air, Thinaah meluangkan masa untuk menegaskan perjuangan akan diteruskan.

Kejohanan Badminton Dunia: Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga
Tiga pasangan Malaysia termasuk beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark, hari ini.