BANGKOK: Atlet kebangsaan Jonathan Nyepa dan Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal, masing-masing layak ke separuh akhir acara 200 meter (m) lelaki dan wanita pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Stadium Nasional Suphachalasai, Bangkok, hari ini.
Jonathan menempah slot ke separuh akhir apabila menduduki tempat keempat pada saringan keempat, dengan catatan masa 21.79 saat (s), sekali gus berada dalam kelompok 24 pelari terbaik.
Sementara itu, bintang pecut muda negara Nur Afrina Batrisyia, mara ke separuh akhir menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 24.29s.
Saingan separuh akhir acara 200m lelaki akan diadakan pada 7:05 petang (waktu Malaysia) manakala acara 200m wanita pada 6.45 petang (waktu Malaysia) hari ini.
Jonathan bakal memulakan saringan separuh akhir ketiga yang turut disertai pelari Jepun Towa Uzawan dan Yang Chun Han dari Taiwan yang masing-masing mencatat masa 20:73s dan 20:87s pada pusingan pertama.
Selain itu, Kuartet 4x400 meter (m) lelaki kebangsaan, layak ke final yang akan diadakan pada 6.45 petang (waktu tempatan) pada Ahad.
Kuartet dibarisi juara 400m Sukan SEA 2023, Umar Osman, Abdul Wafiy Roslan, Muhammad Firdaus Mohamad Zemi dan Ruslem Zikry Putra Roseli, merekodkan masa 3:08:62s.
Pada petang ini, atlet muda negara Wan Muhammad Fazri Wan Zahari dan Avinashwer Austin Murugan, akan beraksi pada pusingan pertama acara 800m lelaki.
Selain itu, atlet negara Savinder Kaur Joginder Singh akan beraksi dalam pusingan pertama acara 800m wanita pusingan pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Jonathan Nyepa (kiri) dan Nur Afrina Batrisyia (kanan), masing-masing layak ke separuh akhir acara 200m lelaki dan wanita pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Stadium Nasional Suphachalasai, Bangkok, hari ini. -Facebook Majlis Sukan Negeri Selangor
Laporan cap jari tidak sepadan dengan suspek tikam Saif Ali Khan
Laporan cap jari yang dikumpul dari rumah pelakon Bollywood terkenal, Saif Ali Khan, yang cedera ditikam pada 16 Januari lalu, didapati tidak sepadan dengan cap jari suspek.
Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan bahawa Ukraine boleh menggunakan jalan undang-undang untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia bagi menamatkan konflik hampir tiga tahun.
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang
PM Itali Meloni disiasat berhubung pembebasan suspek warga Libya
ICC menuntut penjelasan, mengatakan bahawa pihaknya tidak dirundingkan mengenai keputusan tersebut.
Teluk Mexico ditukar kepada Teluk Amerika dalam peta Google
Peta Google akan menukar nama ‘Teluk Mexico’ kepada ‘Teluk Amerika’, sebaik sahaja ia dikemas kini secara rasmi dalam Sistem Nama Geografi Amerika Syarikat (AS).
12 pegawai penyiasat kes jenayah Trump dipecat
Lebih 12 pegawai yang terlibat dalam penyiasatan jenayah ke atas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipecat atas alasan mereka tidak boleh dipercayai untuk melaksanakan agenda Presiden.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Semua kementerian bekerjsama lahirkan modal insan berkualiti
Kesemua kementerian dalam pentabdiran Kerajaan Madani akan terus bekerjasama dalam usaha melahirkan modal insan yang berbakat dan mempunyai skil bagi memenuhi keperluan industri-industri baharu.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua di Pahang dan seluruh negara secara amnya.
Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.
Kejohanan Olahraga Asia tutup tirai, Malaysia hanya raih satu gangsa
Pingat emas dimenangi Sri Lanka, pingat perak milik India dan gangsa dirangkul Qatar.
Irfan hadiahkan pingat sulung buat kontinjen Malaysia
Pada saingan itu, Irfan mencatat lemparan terbaik sejauh 59.63 meter (m) daripada enam percubaan.
Kejohanan Olahraga Asia 2023: Jonathan, Nur Afrina Batrisyia mara ke separuh akhir
Jonathan menempah slot ke separuh akhir apabila menduduki tempat keempat pada saringan keempat, dengan catatan masa 21.79 saat (s), sekali gus berada dalam kelompok 24 pelari terbaik.
Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.