BANGKOK: Kejohanan Olahraga Asia 2023 melabuhkan tirainya di Stadium Nasional Suphachalasai di sini, semalam apabila kontinjen Malaysia pulang dengan pingat sulung dengan jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin menyumbang pingat gangsa, pada Sabtu.
Pada aksi final semalam, kuartet 4x400 meter (m) lelaki kebangsaan yang dibarisi juara 400m Sukan SEA 2023, Umar Osman, Abdul Wafiy Roslan, Muhammad Firdaus Mohamad Zemi dan Ruslem Zikry Putra Roseli meraih tempat ketujuh dengan catatan masa 3 minit 11.63 saat (s).
Pada Sabtu, kuartet negara melakarkan masa 3:10.62s.
Pingat emas dimenangi Sri Lanka dengan catatan masa 3:01.56s, pingat perak milik India (3:01.80s) dan gangsa dirangkul Qatar dengan catatan 3:04.26s.
Abdul Wafiy berkata barisan kuartet yang beraksi pada kejohanan kali ini merupakan gandingan baharu dengan Ruslem Zikry beraksi bersama untuk kali kedua.
Kuartet itu mencatatkan masa 3:14.46s pada Kejohanan Terbuka Singapura pada April lalu.
Selain itu, beliau berkata Muhammad Firdaus juga kurang sihat berikutan mengalami keracunan makanan.
"Kami menyasar untuk melakukan catatan masa 3: 09s pada final tetapi gagal.
"Namun,kami berharap dapat memperbaharui catatan masa pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu di China dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini," katanya.
Sementara itu, pemegang rekod kebangsaan acara lontar peluru wanita, Nani Sahirah Maryata, yang membuat penampilan sulung di kejohanan ini, membuat lontaran 14.92m untuk menghuni tempat ke-10.
"Saya berasa kecewa kerana gagal memperbaharui rekod 15.22m yang dilakukan Kejohanan Perak All-Comers, April lalu," katanya.
"Namun begitu, persaingan pada kejohanan kali ini telah memberi motivasi dan menyuntilk semangat berjuang agar melakukan lontaran yang lebih baik pada masa depan," katanya.
Acara itu dimenangi wakil China, Song Jia Yuan dengan lontaran sejauh 18.88m manakala pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik atlet India, Abha Khatua (18.06m) dan Manpreet Kaur (17m).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023

Irfan Shamsuddin meraih pingat gangsa di Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Stadium Nasional Suphachalasai pada Sabtu. - Gambar fail/BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Kejohanan Olahraga Asia tutup tirai, Malaysia hanya raih satu gangsa
Pingat emas dimenangi Sri Lanka, pingat perak milik India dan gangsa dirangkul Qatar.

Irfan hadiahkan pingat sulung buat kontinjen Malaysia
Pada saingan itu, Irfan mencatat lemparan terbaik sejauh 59.63 meter (m) daripada enam percubaan.

Kejohanan Olahraga Asia 2023: Jonathan, Nur Afrina Batrisyia mara ke separuh akhir
Jonathan menempah slot ke separuh akhir apabila menduduki tempat keempat pada saringan keempat, dengan catatan masa 21.79 saat (s), sekali gus berada dalam kelompok 24 pelari terbaik.

Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.