KUALA LUMPUR: Hanya ungkapan maaf mampu dituturkan penyerang skuad hoki lelaki kebangsaan Faizal Saari, selepas disahkan positif COVID-19 pada 8 Dis lepas dan mengakibatkan pasukan negara tidak dapat menyertai Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Dhaka, Bangladesh, 14-22 Dis ini.
Faizal yang tidak mengalami sebarang gejala, tanda-tanda mahupun simptom jangkitan virus berbahaya tersebut, mengambil tanggungjawab di atas kesulitan yang dialami rakan sepasukannya, yang kini perlu menjalani proses kuarantin selaku kontak rapat kepada pemain pasukan hoki Terengganu itu.
"Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada pasukan dan pihak pengurusan terutamanya Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal dan semua yang turut terlibat.
"Apa yang berlaku bukan sesuatu saya inginkan tetapi disebabkan ia terjadi, saya mengambil tanggungjawab ini. Disebabkan saya, pasukan tidak dapat ke Bangladesh dan itu yang saya paling terkesan kerana melibatkan pasukan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan KHM hari ini.
Pemain berusia 30 tahun itu mengakui patuh kepada semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan tetapi tetap dijangkiti COVID-19, memandangkan virus itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun akan cuba berfikiran positif bagi menghadapi musibah yang melanda.
Justeru, beliau yang sedang menjalani proses kuarantin selama 10 hari berharap ujian calitan seterusnya akan menunjukkan perkembangan lebih baik.
Susulan isu membabitkan Faizal, KHM mengesahkan 'Malaysian Tigers' terpaksa melupakan hasrat bertanding di ACT apabila perlu mematuhi arahan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengambil serius mengenai situasi pandemik COVID-19 ketika ini.
Selain skuad lelaki, skuad Projek Khas Wanita juga tidak dibenarkan beraksi di Kejohanan Trofi Juara-juara Asia (ACT) Wanita 2021 di Donghae, Korea Selatan berikutan seorang pemainnya positif COVID-19, baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021

Susulan isu membabitkan Faizal, KHM mengesahkan 'Malaysian Tigers' terpaksa melupakan hasrat bertanding di ACT. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia: Maafkan saya - Faizal Saari
Hanya ungkapan maaf mampu dituturkan penyerang skuad hoki lelaki kebangsaan Faizal Saari, selepas disahkan positif COVID-19 pada 8 Dis lepas.