Keputusan kerajaan untuk mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 disifatkan bukan untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh pada 5 dan 7 Mei ini.
Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata, semua pihak harus harus faham keputusan itu merupakan bukti kerajaan melihat kemampuan rakyat dan tidak sesuka hati menaikkan harga minyak.
"Ini jadi keutamaan, kita lihat kemampuan rakyat dan tidak suka-suka menaikkan atau menurunkan harga minyak.
"Sepatutnya pembangkang faham dengan isu ini, ia tidak ada kena mengena dengan faktor mengumpan pengundi pada PRK Permatang Pauh mahupun Rompin. Pembangkang di negara ini sering menimbulkan masalah, " katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada Khamis, jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa.
Harga itu tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.
BACA: Ikut kata Tun M kalau mahu harga minyak kekal - Tian Chua
BACA: Harga minyak kekal tidak berubah bagi Mei
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, pengekalan harga itu disifatkan sementara sebelum naik semula pada bulan-bulan mendatang.
Tegasnya, tindakan jangka pendek kerajaan itu dilihat untuk membendung kemarahan rakyat dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan 1 April lepas.
Dalam pada itu kata Bung Mokhtar, isu GST merupakan cukai baharu yang diperkenalkan di negara ini.
"Ia sistem baharu dan pastinya pelaksananannya menghadapi sedikit kesukaran pada awal tahap sebelum difahami sepenuhnya rakyat dalam sedikit masa lagi," jelasnya.
Beberapa blog dan portal menyatakan punca pengekalan harga minyak adalah disebabkan dua PRK pada Mei.
Bung Mokhtar dalam pada itu menegaskan, faktor itu dilihat tidak logik dan usaha mengelirukan rakyat.
"Apa kesan kepada Barisan Nasional dan dua PRK jika harga naik atau turun? Ia tidak mengubah apa-apa keputusan dalam pentadbiran kerajaan," jelasnya.
Astro Awani
Fri May 01 2015
![Kekal harga minyak tiada kena mengena dengan PRK - Bung Mokhtar Kekal harga minyak tiada kena mengena dengan PRK - Bung Mokhtar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/61404995903_295x200.jpg)
BUNG MOKHTAR: Kekal harga minyak tiada kena mengena dengan PRK - Gambar fail
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.
![IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739461001_ZambryAbdulKadir.jpg)
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458025_EmbajadadeCubaen.jpg)
Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.
![Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739459759_PelajarHilang.jpg)
Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak 12 Februari lalu kira-kira jam 7.30 pagi.
![Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739457843_ShamsulAzriAbuBak.jpg)
Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.
![Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732290158_TBaaaronago.jpg)
Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama
Menteri Perpaduan Aaron Aro Dagang berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu menyelaraskan isu-isu berkaitan penganut agama supaya keharmonian negara terus terjamin dan terpelihara.
![Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.
![Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739458581_TuntutanPalsu.jpg)
Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta
Sumber SPRM memaklumkan empat individu terlibat adalah dua pengarah syarikat dan dua naib presiden kanan syarikat berusia antara 50 hingga 60-an.
AWANI Tonight | 13 Feb 2025
#AWANITonight with Faye Kwan
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
![UMNO Sabah terus pertahan kerajaan GRS - Bung Mokhtar UMNO Sabah terus pertahan kerajaan GRS - Bung Mokhtar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612843123_TBBungMoktar.jpg)
UMNO Sabah terus pertahan kerajaan GRS - Bung Mokhtar
Jelas Bung Mokhtar,sebarang pergolakan politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia tidak akan memberi kesan kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan Sabah.
![Calon sayap Srikandi Bersatu bakal bertanding dalam PRN Sabah - Rina Harun Calon sayap Srikandi Bersatu bakal bertanding dalam PRN Sabah - Rina Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599114760_RinaHarun.jpg)
Calon sayap Srikandi Bersatu bakal bertanding dalam PRN Sabah - Rina Harun
Ketua Srikandi parti Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun akan memastikan bahawa calon daripada Srikandi akan diturunkan pada PRN Sabah nanti.
![Politik Sabah: Bung Mokhtar umum kerusi ditandingi UMNO hari ini Politik Sabah: Bung Mokhtar umum kerusi ditandingi UMNO hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81596290828_BUNGMOKTARRADIN.jpg)
Politik Sabah: Bung Mokhtar umum kerusi ditandingi UMNO hari ini
PRN Sabah pada kali ini menyaksikan 73 kerusi akan dipertandingkan berbanding 60 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
![Bung Mokhtar timang anak perempuan Bung Mokhtar timang anak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41551440988_TBinsertnamex.jpg)
Bung Mokhtar timang anak perempuan
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menimang cahaya mata perempuan pada Jumaat.
![Tiada jaminan ahli UMNO tidak lompat parti - Bung Mokhtar Tiada jaminan ahli UMNO tidak lompat parti - Bung Mokhtar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61545210224_bungmokhtar.jpg)
Tiada jaminan ahli UMNO tidak lompat parti - Bung Mokhtar
Bung Moktar sifatkan pengunduran Zahid bukan jaminan ahli UMNO untuk tidak lompat parti.
![Gagal minta MP Jelutong mohon maaf, MP pembangkang keluar dewan Gagal minta MP Jelutong mohon maaf, MP pembangkang keluar dewan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81463487554_RSNRayer.jpg)
Gagal minta MP Jelutong mohon maaf, MP pembangkang keluar dewan
Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan selepas desakan agar Ahli Parlimen Jelutong memohon maaf kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands kerana Datuk Sivarrajh dilarang memasuki dewan.
![Zizie Izette dapat 'anugerah' lagi Zizie Izette dapat 'anugerah' lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542103216_zizie-01.jpg)
Zizie Izette dapat 'anugerah' lagi
Selepas melahirkan kembar pada bulan Disember tahun lalu, Zizie Izette kini sudah hamil hampir lima bulan dengan anugerah baru. Alhamdulillah!
![Zizie Izette hamil lagi selepas 5 bulan melahirkan anak kembar Zizie Izette hamil lagi selepas 5 bulan melahirkan anak kembar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81535688011_zizieizettehamillagi.jpg)
Zizie Izette hamil lagi selepas 5 bulan melahirkan anak kembar
Pelakon Datin Seri Zizie Izette umum kini sedang hamil tiga bulan.
![Dialog Bung Mokhtar jadi muzik remix pula ...? Dialog Bung Mokhtar jadi muzik remix pula ...?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533818374_BungMoktar.jpg)
Dialog Bung Mokhtar jadi muzik remix pula ...?
Kreatif dan lucu! Petikan perkataan yang dilontarkan seseorang juga boleh dijadikan sumber karya dalam penghasilan sebuah muzik rupanya.
![Zizie Ezette, Bung Moktar timang bayi kembar lelaki Zizie Ezette, Bung Moktar timang bayi kembar lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61514628034_BungMoktarRadin.jpg)
Zizie Ezette, Bung Moktar timang bayi kembar lelaki
Bayi kembar lelaki itu dilahirkan Zizie di Pusat Perubatan Prince Court, masing-masing pada jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi.