Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dipertanggungjawab memastikan semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bebas daripada pengaruh Daish.
Ia merupakan antara enam langkah proaktif yang digariskan Kementerian Pertahanan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan mendepani dakyah kumpulan militan tersebut.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata setiap anggota tentera mempunyai amanah dan tanggungjawab menjaga keamanan negara dan ia tidak boleh dikhianati.
"Saya meletakkan amanah dan harapan besar kepada KAGAT untuk beri penjelasan dan mungkin pendekatan anti-radikalisasi yang sedang dirancang oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) boleh dikongsi bersama ATM kerana anggota kita pun tidak terkecuali dari pengaruh dan ancaman Daish dapat kita dekati dengan penjelasan yang jelas.
Datuk Hishammuddin berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri UMNO bahagian Sembrong di sini hari ini.
“Satu pun dah terlalu banyak kerana kita sudah meletakkan amanah dan tanggungjawab di atas kepala anggota keselamatan kita dan sekiranya mereka menderhaka mengkhianati dari memikul tanggungjawab amanah itu, jadi seorang pun sudah terlalu ramai dalam ancaman Daish ini.
Lima langkah lain ATM dalam meningkatkan kesiapsiagaan termasuk mengetatkan kawalan sempadan, rondaan bersama pelbagai agensi, memperkukuh keselamatan laut, memperkasa keselamatan Sabah dan perkongsian maklumat risikan.
Shahrul Hassan
Sat Jul 30 2016
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Anggota Parlimen Sembrong dan isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim pada Majlis Ria Aidilfitri Parlimen Sembrong. - Gambar Bernama
Agenda AWANI #WEF25: Krisis dunia | Bukan tiada solusi, manusia yang gagal mengurus?
Impak peperangan, perubahan iklim dan pelbagai lagi isu-isu global bukannya tidak boleh dicari solusinya tetapi manusia yang gagal mengurus? Diskusi 830mlm ini.
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU: Mangsa dalam keadaan stabil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF2025: ABCD - The world’s biggest problems
Davos discussions seek to transform economic, geopolitical, and environmental challenges into opportunities.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Kekang pengaruh Daish dalam anggota ATM
Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dipertanggungjawab memastikan semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bebas daripada pengaruh Daish.