Kekangan kehidupan yang dihadapi oleh warga kota antara cabaran terbesar yang perlu dititikberatkan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara terbabit sentiasa menjadi keutamaan pihaknya dalam membantu menambah baik kelompongan yang ada.
"Antaranya, usaha mengekang kemiskinan bandar yang semakin meningkat.
"Kemiskinan bandar lebih ketara, jadi Kementerian Wilayah Persekutuan yang telah diamanahkan kerajaan melihat masalah ini perlu diatasi segera.
"Kita perlu mengatasi masalah warga Wilayah Persekutuan kerana Kuala Lumpur seumpama jendela yang dilihat seluruh negara, kedua ia merupakan jendela kepada dunia," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
BACA: Transformasi WP menuju wilayah ceria dan rakyat sejahtera - Ku Nan
Jelasnya, warga kota perlu disedarkan tentang cabaran yang dihadapi mereka hari ini.
"Mereka perlu menjadi contoh dan membuang perbezaan yang mungkin dirasai oleh penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan, semuanya di bawah satu negeri yang sama.
"Kita harap mereka dapat menerapkan rasa kasih dan sayang kepada Wilayah Persekutuan dan memberikan kerjasama penuh dalam usaha kemajuan negeri," ujarnya.
Sementara itu kata Tengku Adnan, keselamatan warga kota tetap diutamakan dan menjadi perhatian serius oleh pihaknya.
"Kita akui tahap keselamatan masih belum mencapai tahap terbaik. Sebagai contoh, kita sediakan tanaman pokok di antara jalan untuk mengelakkan kejadian ragut, kita juga sudah mengkaji program pemisah pejalan kaki dengan jalan raya boleh mengelak kejadian jenayah.
"Selain itu, lampu terang di tempat pejalan kaki yang berbumbung dan kerjasama agensi keselamatan memastikan kadar jenayah menurun," jelasnya.
Dalam pada itu tegasnya, agensi keselamatan dan penguatkuasaan seperti RELA, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan akan sentiasa memastikan fokus kemajuan Wilayah Persekutuan menjadi realiti.
Tema sambutan Hari Wilayah tahun ini masih dikekalkan iaitu 'Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera'.
Malissa Sahari
Wed Feb 01 2017

KU NAN: Kekangan kehidupan yang dihadapi oleh warga kota antara cabaran terbesar yang perlu dititikberatkan. - fotoBERNAMA

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

'Jaga parti sendirilah' - nasihat Ku Nan kepada Tun M
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa RoS bersikap berat sebelah dan memberi layanan berbeza kepada UMNO dan pembangkang.

Bandar sungai bertaraf dunia: KL bakal setanding Melbourne, Vienna, Vancouver - Ku Nan
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pembangunan KL River City dilihat memenuhi keperluan untuk melonjakkan nama bandaraya ini.

Bazar Ramadan sekitar KL dinaik taraf secara berperingkat - Tengku Adnan
Tengku Adnan turut mengingatkan para peniaga agar menjaga kebersihan dan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya dengan alasan tidak munasabah.

UMNO kaji semula kerjasama dengan parti politik Korea Utara - Ku Nan
UMNO akan mengkaji semula kerjasama yang dijalinkan dengan WPK, rentetan perkembangan hubungan dua hala ekoran kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam di Malaysia.

UMNO nafi terlibat dalam pemberian geran atau dana kepada usahawan
UMNO menafikan sebarang penglibatan dalam penganjuran pemberian sebarang geran atau dana kononnya bagi membantu usahawan khususnya peniaga kecil dan syarikat baru.

Kekangan kehidupan cabaran terbesar warga kota - Ku Nan
Kekangan kehidupan yang dihadapi oleh warga kota antara cabaran terbesar yang perlu dititikberatkan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perlu kajian saintifik bagi larangan kapcai ke pusat bandar - Wan Junaidi
Kajian saintifik perlu dibuat sebelum keputusan untuk melarang kemasukan motosikal kapcai ke pusat bandar.

Puncak Purnama: Tidak salah meroboh, arca milik penuh DBKL
Mahkamah membuat keputusan bahawa DBKL perlu membayar pampasan kepada pereka asal dan selepas itu arca ini telah menjadi milik penuh DBKL.

'Siapa cakap UMNO tinggal 190 bahagian? UMNO Semporna tidak bubar' - Ku Nan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kemelut yang dicetuskan UMNO Bahagian Semporna tidak mempunyai lokus standi untuk bahagian itu dibubarkan.

Keputusan MT tidak boleh dicabar di mahkamah - Ku Nan
Tengku Adnan turut menegaskan isu penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO tidak berkaitan dengan Seksyen 16 Akta Pertubuhan 1966.