Tragedi berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969 disifatkan tidak mungkin berulang jika tertib berbahasa melibatkan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara sentiasa dijaga demi kemakmuran dan keharmonian pelbagai bangsa di negara ini.
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan berkata, ia merupakan asas penyuburan berbahasa selain melihat tidak perlu penambahan terhadap perkara yang sudah disekat.
"Saya faham ada beberapa perkara yang kita tidak boleh cakap di Parlimen, ia mungkin dilihat terlalu mengongkong proses bersuara.
"Kerana itu kita kena galakkan penggunaan bahasa yang tertib dan faham masalah 13 Mei dahulu adalah kerana ucapan yang tidak seharusnya dikeluarkan," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Khamis.
Dr Jayum mengulas kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang yang memberitahu, tiada istilah kekebalan jika mana-mana anggota Parlimen mengeluarkan kenyataan berhubung kait isu hasutan semasa berhujah di dalam persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Tegasnya, setiap anggota Parlimen tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang dianggap sensitif kerana perkara seumpama itu hanya akan menyebabkan mereka dikenakan tindakan undang-undang.
Di bawah Seksyen 36(8), anggota Parlimen dalam perbahasan mereka adalah dilarang menyentuh kelakuan atau sifat Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri atau hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau ahli Majlis Pasukan Bersenjata.
Sementara itu penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sebetulnya Ahli Parlimen bebas memberi pendapat di dalam dewan yang mulia.
"Mereka boleh kata apa sahaja termasuk maki hamun atau ajak ahli bertumbuk.
"Kecuali perkara yang sudah disebut tidak boleh. Kalau sentuh juga yang itu boleh, tapi yang positif sahaja, tidak mencaci atau menghina," ujarnya.
Katanya lagi, ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak membaca peraturan Parlimen kerana politik kebencian yang amat sangat kepada Barisan Nasional.
Dalam pada itu, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, tafsiran tersebut memerlukan penelitian sepenuhnya kerana selama ini andaian umum wujud kekebalan dan imuniti pada ahli parlimen dalam Parlimen.
"Maka, penjelasan tiada kekebalan undang-undang wajar diperincikan.
"Ia adalah kerana ada Ahli Parlimen mempunyai pandangan sebagaimana pandangan umum bahawa ada kekebalan mutlak kepada mereka," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Fri Mar 20 2015

DR JAYUM: Kita kena galakkan penggunaan bahasa yang tertib dan faham masalah 13 Mei dahulu adalah kerana ucapan yang tidak seharusnya dikeluarkan. - Foto: ukm.edu.my

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

"Mak terpaksa 'lepaskan' ayah kembali dalam politik" - Anak Tun Dr Ismail
Keputusan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman untuk kembali memimpin negara selepas hampir dua tahun berehat demi meluangkan masa bersama keluarga, mencerminkan keperibadian beliau.

Klip video amaran rusuhan, MCMC panggil TikTok beri penjelasan
Susulan penyebaran video berbaur provokasi yang tersebar di aplikasi TikTok, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil pihak pengurusan syarikat berkenaan.

Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Beliau mendakwa penulisan yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.

Mengenang Tun Rahah: Tenaga perkasa di belakang Tun Razak
Swee Tin berkata, Allahyarham juga antara individu yang sentiasa membawa ketenangan khususnya ketika era pemerintahan Tun Razak.

Titik perpaduan beracuan ekonomi
Umumnya masyarakat menerima fakta bahawa konflik ekonomi merupakan salah satu satu faktor asas yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dan saling mencurigai antara kaum.

Kenapa perlu bangkitkan cerita 13 Mei? - Muhyiddin
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, sejarah itu harus dijadikan pengajaran selain memberitahu insiden itu berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kenyataan '13 Mei' Jamal Yunos bersifat menghasut, polis akan ambil tindakan - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata kenyataan Presiden Baju Merah, Datuk Jamal Yunos yang dimuat naik di laman Twitter peribadinya pada 21 September lalu adalah berbau hasuta

Ketakutan Melayu dan penyelesaian masalah perpaduan
Penyebaran mesej perpaduan dan fitrah manusia yang inginkan keharmonian perlu digerakkan dengan lebih radikal, berani dan melangkaui zon selesa jika mahukan hasil yang disasar menjadi realiti.

13 Mei: Elak isu sensitif, kata bekas pemimpin PERKASA
Rakyat Malaysia mesti mengelakkan memainkan isu sensitif dan menolak ekstremisme dalam memperingati 13 Mei.

Kutipan filem 'Tanda Putera' disalur semula ke dalam dana program
Kutipan tayangan filem patriotik kontroversi Tanda Putera akan disalurkan semula ke dalam dana program bagi membangun dan memberi peluang kepada lebih banyak filem-filem kenegaraan dihasilkan.