SUNGAI PETANI: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi ruang sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terutama di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata, kementeriannya akan memberi kerjasama seluas-luasnya kepada SPRM untuk agensi berkenaan melengkapkan proses yang diperlukan.
"Sekurang-kurangnya ada tiga perkara di sini iaitu pertamanya, secara spesifik dakwaan mengatakan ada elemen rasuah. (Pendirian kita) dengan terang dan fasih SPRM dipelawa tanpa apa-apa halangan untuk memulakan atau meneruskan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut.
"Perkara kedua, merujuk khusus kepada insiden tempoh hari, saya telah berbincang dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Datuk Seri Tiong King Sing). Hasilnya akan kami bawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke-51, pada Isnin.
Menyentuh mengenai perkara ketiga pula ujar Saifuddin, JIM hanya mengamalkan peraturan Imigresen antarabangsa yang diterima pakai majoriti negara untuk mengawal pintu masuk sempadan kerana ia bukan pemeriksaan biasa sebaliknya melibatkan elemen keselamatan.
"Apabila kita melepasi kaunter Imigresen ada sekurang-kurangnya tiga soalan asas yang mereka akan tanya iaitu di mana tempat tinggal kita, adakah mempunyai dana yang cukup sepanjang tempoh pelawat berada di sesuatu negara dan yang ketiga ada tak tiket pulang.
"Sekiranya pelawat melepasi tiga soalan itu, urusan seterusnya tak ada masalah dan hanya jika ada masalah di peringkat itu barulah proses seterusnya mengambil tempat iaitu Notis Penolakan Masuk (NTL) yang berasaskan kepada komunikasi Imigresen dengan pelawat," katanya lagi.
Bagaimanapun Saifuddin berkata, jumlah pelawat yang dikenakan NTL ke negara ini sangat kecil jika dibandingkan dengan pengunjung yang dibenarkan masuk.
Baru-baru ini, King Sing menyifatkan tindakan beliau dalam insiden seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini di KLIA bagi membongkar ‘peristiwa’ memalukan.
Beliau yang mengakui gambar tular di media sosial berhubung isu itu mendakwa wujudnya budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada terdapat keperluan untuk kementeriannya memperluas penggunaan kamera badan dalam kalangan anggota dan pegawai Imigresen, Saifuddin berkata, tumpuan ketika ini adalah melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jul 03 2023

Saifuddin bercakap pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke-51, pada Isnin. - Foto Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kes kekecohan di KLIA, 22 saksi diambil keterangan
Seramai 22 orang saksi dirakam keterangan berkaitan satu insiden kekecohan di KLIA membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Kekecohan di KLIA: KDN beri kerjasama seluas-luasnya buat SPRM - Saifuddin
KDN akan memberi kerjasama seluas-luasnya kepada SPRM untuk SPRM melakukan siasatan berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah melibatkan Jabatan Imigresen di KLIA.

King Sing perjelas isu KLIA di Mesyuarat Kabinet Rabu ini - Ahmad Zahid
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing akan menjelaskan lebih terperinci isu berhubung kekecohan di KLIA pada Mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Ahli perniagaan lapor polis kes kekecohan libat menteri di KLIA
Satu laporan polis dibuat seorang warga tempatan berhubung kekecohan melibatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di KLIA Khamis lalu.