PUTRAJAYA: Bilangan kekosongan jawatan diiklankan dalam talian mencatatkan peningkatan sebanyak 3.5 peratus pada suku tahun pertama tahun ini, dengan merekodkan sejumlah 211,509 kekosongan berbanding 204,420 kekosongan pada suku keempat 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Menerusi Analisis Data Raya Job Market Insights dan My Job Profile: Penawaran Pekerjaan Diiklankan Dalam Talian di Malaysia bagi suku tahun pertama 2023 yang disiarkan hari ini, DOSM memaklumkan, terdapat sebanyak 23,339 pertubuhan baharu yang menawarkan kekosongan jawatan berbanding 12,256 pertubuhan yang direkodkan pada suku keempat 2022.
Menurut DOSM, perincian secara bulanan menunjukkan majoriti kekosongan jawatan telah diiklankan pada Mac 2023 dengan 96,688 kekosongan merangkumi sumbangan sebanyak 45.7 peratus pada suku tahun pertama 2023, manakala terdapat 65,297 dan 49,524 kekosongan masing-masing pada Februari dan Januari 2023.
Jabatan itu memaklumkan, bagi kekosongan jawatan mengikut kategori pekerjaan, hampir separuh daripada kekosongan jawatan tertumpu dalam profesional dengan 47.9 peratus atau 101,214 kekosongan, diikuti juruteknik dan profesional bersekutu dengan 37,108 kekosongan, pengurus (29,203) dan pekerja sokongan perkeranian (18,354).
"Pekerjaan paling popular pada suku ini (suku pertama 2023) dengan permintaan yang lebih tinggi adalah profesional pengiklanan dan pemasaran, pengarah urusan dan ketua eksekutif, akauntan dan juruaudit, profesional bersekutu pentadbiran serta pembangunan perisian," menurut DOSM.
Bagi kekosongan jawatan mengikut keseluruhan sektor ekonomi, DOSM memaklumkan lebih separuh tertumpu kepada sektor perkhidmatan yang menyumbang 54.9 peratus atau 116,163 kekosongan pada suku pertama 2023.
Analisis kekosongan jawatan mengikut aktiviti ekonomi pula menunjukkan bilangan tertinggi dicatatkan oleh perdagangan borong dan runcit dengan 35,956 kekosongan, diikuti pembuatan (21,499), aktiviti profesional, saintifik dan teknikal (13,852) dan aktiviti kewangan dan insurans/takaful (13,326).
Menurut DOSM, pekerjaan popular yang ditawarkan dalam kategori Pendidikan dan Latihan dan Vokasional (TVET) adalah profesional pengiklanan dan pemasaran yang mencatatkan kekosongan jawatan tertinggi iaitu 17,409 kekosongan diikuti profesional bersekutu pentadbiran (8,261) dan pembangunan perisian (6,528).
Jawatan dengan permintaan tertinggi bagi kategori Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pula ialah juruteknik iaitu 2,005 kekosongan, pengurus projek (1,667) dan jurutera perisian (1,643).
Bagi Senarai Pekerjaan Kritikal (COL), DOSM memaklumkan tiga pekerjaan teratas ialah profesional pengiklanan dan pemasaran dengan 17,409 kekosongan, pengarah urusan dan ketua eksekutif (9,335) manakala akauntan dan juruaudit (8,605).
Dari segi kekosongan jawatan di peringkat negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus merekodkan kekosongan jawatan tertinggi iaitu 62,727 pada suku tahun pertama 2023, diikuti Selangor dan Johor masing-masing mencatatkan 39,990 dan 12,150 kekosongan. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

DOSM memaklumkan lebih separuh tertumpu kepada sektor perkhidmatan yang menyumbang 54.9 peratus atau 116,163 kekosongan pada suku pertama 2023. - Gambar hiasan/Pexels
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Inflasi kekal 1.7% pada Januari 2025 - DOSM
Peningkatan harga tertumpu pada sektor perkhidmatan, dengan kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan mencatatkan kenaikan tertinggi.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.

Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.