KITA sering mendengar 'di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita di belakangnya'.
Kata-kata tersebut sesuai digambarkan kepada susuk wanita berusia 87 tahun, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohd Noah, isteri bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.
Walaupun menjadi isteri kepada Bapa Pembangunan Negara, Tun Rahah bagaimanapun dikenali dengan keperibadiannya yang tidak menonjol dan pendiam.
Sifatnya yang sederhana itu banyak membantu meningkatkan populariti Tun Abdul Razak sebagai seorang pemimpin negara yang disegani.
Tun Rahah mendirikan rumatangga dengan Tun Abdul Razak pada usia 19 tahun pada 4 September 1952, sebaik sahaja meninggalkan Sekolah Convent of the Holy Infant Jesus, Johor Bahru, Johor.
Pada ketika itu, Tun Razak berusia 30 tahun dan berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
BACA: Tun Rahah meninggal dunia
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima putera iaitu Datuk Seri Mohd Najib, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam, Datuk Seri Mohd Nazir dan Datuk Mohamed Nazim.
Tun Rahah ketika itu sememangnya mengharapkan kehadiran anak perempuan dan setiap kali mereka mendapat anak lelaki, Tun Abdul Razak memberitahu rakannya “sama sahaja” dan “kita tidak boleh hampa dengan pemberian Tuhan”.
Galas Tugas Ibu dan 'Bapa'
Tun Rahah dilahirkan pada 11 Jun 1933, dan merupakan anak bongsu dalam keluarga.
Sebagai seorang ibu, Tun Rahah telah menanggung sebahagian besar daripada tugas mengasuh dan mendidik putera-puteranya.
Beliau menjadi ibu dan ‘bapa’ kepada anak-anaknya yang masih menuntut di universiti.
Setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia 14 Januari 1976, beliau memberi sepenuh tumpuan kepada anak-anak sehingga mereka berjaya dalam bidang masing-masing.
Malah, pengorbanannya terbalas, apabila melihat anak-anak dan cucu-cucunya hidup bahagia dan berjaya.
Tulang Belakang Pemimpin Negara
Semasa hayat Tun Abdul Razak, sebagai seorang isteri, Tun Rahah telah menyediakan rumahtangga yang sempurna untuk suaminya, seorang tokoh yang sentiasa bekerja kuat untuk negara, bangsa dan agama.
Kekentalan semangat beliau dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi menjadikan beliau teman hidup setia.
Sifatnya yang lemah lembut, sederhana dan bersahaja menjadi resepi utama, beliau disenangi oleh masyarakat di kampung dan bandar.
Sifatnya yang sederhana ini bersesuaian dengan kemahuan suaminya yang tidak mahu isterinya menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan dalam semua hal.
Sifat itulah yang banyak membantu meningkatkan populariti Tun Abdul Razak sebagai seorang pemimpin negara yang disegani.
Aktif Dalam Politik dan Kerja Kebajikan
Tun Rahah bergiat aktif dalam pergerakan kaum ibu UMNO dan terlibat dengan pergerakan wanita UMNO Petaling Jaya.
Beliau juga cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi faedah kepada kaum wanita. Tun Rahah juga menjadi pengasas pergerakan wanita UMNO Petaling Jaya.
Wanita itu juga telah membuktikan bahawa golongan wanita juga mampu memberi sumbangan yang berkesan kepada pembangunan negara.
Beliau sentiasa mengingatkan kaum wanita agar melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai kegiatan khususnya untuk wanita di samping memberi sumbangan dan khidmat bakti ke arah kemajuan negara.
Dalam erti kata sebenar, Tun Rahah adalah seorang tokoh yang sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang nasib rakyat Malaysia.
Tun Rahah juga adalah penuang PERTIWI yang pertama, iaitu sejak tahun 1969 hingga tahun 1976.
BACA: Doa Najib buat ibu tersayang
Allahyarhamah turut dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Restoran Rakyat dan Canselor Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR).
Tun Rahah telah dianugerahkan pingat emas Tun Fatimah daripada NCWO pada tahun 1976.
Justeru, nama Tun Rahah tidak asing lagi di kalangan pemimpin tertinggi wanita seluruh dunia.
Atas sumbangannya juga, beliau menerima lantikan sebagai Canselor UNITAR dan telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Falsafah Pendidikan dari Universiti Utara Malaysia(UUM) sewaktu Majlis Konvokesyen Kali ke-22.
Al-Fatihah.
Astro Awani
Fri Dec 18 2020
Walaupun menjadi isteri kepada Bapa Pembangunan Negara, Tun Rahah bagaimanapun dikenali dengan keperibadiannya yang tidak menonjol dan pendiam. - Foto Astro AWANI
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
"Tiada agenda politik, hanya hadir kenduri tahlil Tun Rahah" - Mohd Shafie
Mohd Shafie berkata, ketika Tun Rahah meninggal dunia, beliau tidak dapat hadir kerana terlibat dalam sidang DUN Sabah.
Tun Rahah: Kenangan kakak ipar penyayang, penyabar - Tok Puan Zainon
Beliau amat hormati arwah Tun Razak. Beliau juga tak suka pergi beli-belah macam wanita sekarang, suka duduk di rumah.
Mengenang Tun Rahah: Istiadat Pengebumian Negara satu penghormatan istimewa - Najib
Istiadat itu akan menjadi kenangan kepada seluruh keluarga Allahyarham ayahandanya, perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
"Selangkah ke belakang, sehiris di bawah bahu sang suami" - Mesej Tun Rahah dikenang
Saya masih ingat kata beliau: 'Kita seperti kata adat, harus selangkah di belakang, sehiris di bawah bahu sang suami'.
Keimanan, ketakwaan Tun Rahah jadi lambang kekuatan - Shahrizat
Walaupun bergelar isteri dan ibu kepada Perdana Menteri, namun Tun Rahah masih mengekalkan sifat kesederhanaan.
TYT Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Rahah
Tun Abdul Taib Mahmud meluangkan masa sekitar 30 minit sebelum beredar meninggalkan Masjid Masjid Ar-Rahah, Kerinchi sekitar jam satu tengahari.
Tun Rahah sumber kekuatan, inspirasi rakyat Malaysia - PM Singapura
Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah merupakan sumber kekuatan, keberanian dan inspirasi keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Mengenang Tun Rahah: Allahyarham cerminan ibu mithali
Perkara itu boleh dinilai menerusi kejayaan kelima-lima anak Allahyarham dimana salah seorangnya merupakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengenang Tun Rahah: Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah beri penghormatan terakhir
Beliau meluangkan masa kira-kira 45 minit sebelum meninggalkan masjid pada pukul 9.50 pagi.
Mengenang Tun Rahah: Malaysia kehilangan seorang wanita hebat - Wakil rakyat DAP
Ketabahan Allahyarham memelihara lima putera selepas pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak mempamerkan kegigihannya.