BAGAN SERAI: Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti punca 934 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) tidak aktif adalah disebabkan kurangnya penyertaan golongan muda.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata hal ini kerana KRT sinonim dengan golongan berpencen dan golongan muda menjauhi sistem KRT.
"Saya rasa kita perlu semak semula punca KRT tidak aktif, mungkin kurang disertai golongan muda.
"Yang saya pasti, kepimpinan Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique menetapkan mana-mana KRT yang tidak aktif dan tidak hantar laporan tidak akan mendapat peruntukan RM6,000 setahun," katanya pada sidang media Jamuan Aidilfitri di Kampung Tersusun Jalan Gula, Simpang Empat Semanggol dekat sini pada Sabtu.
Beliau diminta mengulas isu KRT yang tidak aktif di seluruh negara.
Pada 25 Mac lepas, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata sebanyak 934 KRT di seluruh negara dikesan kurang aktif sekali gus berisiko tidak mendapat manfaat peruntukan berjumlah RM5.6 juta.
Halimah berkata angka itu adalah daripada 8,674 KRT yang menjadi jentera perpaduan di bawah kementerian tersebut di seluruh negara untuk mendapat peruntukan keseluruhan RM50 juta yang diumumkan sebelum ini.
Wan Ahmad Fayhsal berkata pihaknya akan berkolaborasi dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk membolehkan golongan belia menganggotai KRT.
"Kita hendak menstruktur dan meremajakan semula KRT agar menjadi segar dan aktif di lapangan dengan pembabitan golongan muda.
"Dulu kita mempunyai jiran muda, sekarang kita mewujudkan sayap kepimpinan belia supaya anak muda dan persatuan belia bergerak secara bersama dengan KRT," katanya.
Beliau berkata di bandar, KRT dan persatuan belia bergerak bersama-sama seperti mengadakan program tanggungjawab sosial korporat dan pertanian bandar agar golongan muda bergerak aktif serta cergas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti punca 934 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) tidak aktif adalah disebabkan kurangnya penyertaan golongan muda. - Gambar fail/BERNAMA

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan
Peranan KRT dalam menyelesaikan polemik itu memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap badan itu sebagai agen perpaduan.

Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.

MPPN lulus pembangunan ruang sosial perumahan kos rendah dalam KRT
Cadangan pembangunan ruang sosial dan fizikal di kawasan Rukun Tetangga (KRT) perumahan strata kos rendah dalam bandar telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN).

RM3.2 juta diperuntuk untuk perkasa SRS tahun ini
Sebanyak RM837,500 disediakan bagi pembekalan dan penggantian fasiliti keselamatan SRS yang dijangka memberi manfaat kepada 119 KRT.

KPN sasar wujud 116 KRT progresif jana ekonomi komuniti
KRT Progresif bertujuan mewujudkan penggerak komuniti yang mampu menjadi suri teladan kepada KRT lain dan akan dijalankan secara berfasa.

Skuad Uniti KRT diaktifkan hadapi Monsun Timur Laut
JPNIN mengaktifkan Skuad Uniti dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Cadangan lafaz penuh ikrar Rukun Negara antara dibincangkan dalam mesyuarat MPPN
Mesyuarat yang dipengerusikan Fadillah itu turut membincangkan hasil kajian Indeks Perpaduan Nasional dan cadangan pemerkasaan KRT.

467 KRT di Kelantan siap siaga hadapi banjir
Skuad KRT akan diaktifkan bagi membantu agensi keselamatan yang terlibat sekiranya berlakunya bencana banjir di kawasan mereka.

Kekurangan penyertaan golongan muda punca KRT tidak aktif - Wan Ahmad Fayhsal
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti punca 934 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) tidak aktif adalah disebabkan kurangnya penyertaan golongan muda.

Anggota RELA direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh
Perintah reman yang bermula hari ini dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.