KEPALA BATAS: Kelab DAP Veteran Kebangsaan hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad berhubung dakwaannya yang mengatakan Pengerusi DAP Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan komunis, Chin Peng.
Pengerusinya Lay Hock Peng berkata pihaknya membuat laporan polis itu supaya tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa terhadap Siti Mastura kerana tindakannya seolah-olah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.
"Saya mendapati satu siri dakwaan tidak berasas yang berunsur fitnah jahat telah diucapkan beliau membabitkan Tan Sri Lim Kit Siang dan keluarga beliau, mengaitkan keluarga terbabit dengan Chin Peng," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini hari ini.
Fitnah yang diucapkan Siti Mastura itu, katanya telah berkali-kali dibuktikan palsu dan jahat, malah sehingga hari ini tidak pernah ada sebarang bukti dikemukakan untuk menyokong dakwaan palsu itu.
Laporan polis ini merupakan yang kedua dibuat pemimpin DAP selepas Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid di IPD Brickfields semalam.
Sebelum ini, Guan Eng memberi masa dua hari (hingga Khamis lepas) untuk Siti Mastura mengemukakan bukti berkenaan dakwaan itu, dan selepas tempoh 48 jam diberikan beliau akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen daripada PAS itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023

Siti Mastura mendakwa Pengerusi DAP Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan komunis, Chin Peng. - Gambar fail

"Amerika bukan Kanada" - Mark Carney bidas ancaman AS
"Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika dalam apa jua bentuk."

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 4,122 orang pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

EPL: Chelsea tendang Manchester City ke tangga kelima
Gol tunggal Marc Cucurella jadi pemisah buat kedua-dua pasukan, namun persembahan The Blues secara keseluruhan jauh daripada meyakinkan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
- Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
- Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
- KPM larang gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
- Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
- Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
- KPM larang gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina

Kurang komunikasi punca Pemuda PH, BN dilihat sering berbalah - Mohd Hasbie
Menurut Mohd Hasbie, kali terakhir sayap pemuda parti gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk BN dan PH bermesyuarat adalah pada pertengahan tahun lalu.

Pelancong warga China lemas ketika aktiviti menyelam di Semporna
Mangsa berusia 34 tahun ditemui terapung oleh jurulatih selam di permukaan air, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.

LaLiga: Atletico Madrid terima padah persembahan buruk
Getafe memanfaatkan kad merah Angel Correa yang mengangkat tinggi kakinya selepas Alexander Sorloth melakukan sepakan penalti.

EPL: Arsenal sedia kibar bendera putih
The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Lapor serangan seksual: Mangsa OKU perlu lebih sokongan, bantuan - CPS KL
Bagi mangsa, perasaan malu mungkin menebal kerana merasakan apa yang terjadi itu mengaibkan dan ada juga yang menyalahkan diri sendiri.
Mogok pekerja: hampir 300 penerbangan terjejas di Hamburg
Hampir 300 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lapangan Terbang Hamburg pada Ahad selepas pekerja perkhidmatan darat melancarkan mogok tanpa notis awal.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.