BERA: Kelab Keluarga Malaysia akan menjadi pemangkin kepada asas pembentukan perpaduan yang lebih kukuh melalui interaksi sihat ahli keluarga dan masyarakat berbilang kaum serta agama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kelab itu adalah inisiatif kerajaan untuk mempromosi konsep Keluarga Malaysia melalui penyertaan seluruh lapisan masyarakat dengan matlamat membentuk ikatan kekeluargaan melalui pelbagai aktiviti seperti sukan, pendidikan, kesihatan dan kerohanian bersama keluarga masing-masing.
"Menerusi inisiatif seperti ini, golongan belia diharap dapat memanfaatkan peluang sedia ada untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada negara di samping memupuk nilai-nilai kekeluargaan dalam kehidupan seharian.
"Saya berharap kelab ini berupaya menjadi agen perubahan sosial dalam masyarakat dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih sejahtera dan harmoni selaras dengan Konsep Keluarga Malaysia," katanya.
Teks ucapan Perdana Menteri itu dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid pada majlis prapelancaran Kelab Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong di sini hari ini.
Ismail Sabri juga berkata Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) akan melancarkan kelab itu secara rasmi tidak lama lagi, melibatkan penyertaan daripada golongan pelajar dan mahasiswa seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022
Kelab Keluarga Malaysia akan menjadi pemangkin kepada asas pembentukan perpaduan yang lebih kukuh melalui interaksi sihat ahli keluarga dan masyarakat berbilang kaum serta agama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - BERNAMA
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
Kelab Keluarga Malaysia jadi pemangkin perpaduan - PM
Kelab Keluarga Malaysia akan menjadi pemangkin kepada asas pembentukan perpaduan yang lebih kukuh melalui interaksi sihat ahli keluarga dan masyarakat berbilang kaum serta agama.