KUALA LUMPUR: Jumlah kelahiran hidup di Malaysia meningkat bagi suku pertama 2023 dengan 111,604 kelahiran atau 8.9 peratus direkodkan berbanding suku pertama 2022 dengan 102,466 kelahiran, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata bayi lelaki melebihi perempuan dengan 57,654 kelahiran berbanding 53,950 kelahiran bayi perempuan.
Beliau berkata Selangor kekal mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 21,148 kelahiran atau 18.9 peratus manakala Labuan merekodkan jumlah kelahiran hidup terendah dengan 361 kelahiran atau 0.3 peratus.
"Kumpulan umur ibu yang tertinggi direkodkan pada umur 30-39 tahun iaitu 57,491 (51.5 peratus), diikuti oleh umur 20-29 tahun (41.6 peratus), 40 tahun dan lebih (5.3 peratus) dan kurang daripada 20 tahun (1.6 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Uzir berkata 47,767 kematian telah direkodkan pada suku pertama 2023, penurunan sebanyak 11.7 peratus berbanding suku pertama 2022 (54,123 kematian) dan Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,548 kematian (15.8 peratus) manakala Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 66 kematian (0.1 peratus).
Beliau berkata bilangan kematian berumur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan kematian tertinggi iaitu 33,687 kematian (70.5 peratus), diikuti umur 41-59 (19.9 peratus), umur 15-40 tahun (7.1 peratus) dan umur 0-14 tahun (2.5 peratus).
Beliau menambah, kematian disebabkan COVID-19 menurun 97.3 peratus (3,457 kematian) pada suku pertama 2023 daripada 3,553 kematian pada suku pertama 2022 kepada 96 kematian.
"Kematian disebabkan COVID-19 menyumbang 0.2 peratus daripada keseluruhan jumlah kematian pada suku pertama 2023. Selangor merekodkan kematian COVID-19 tertinggi (31 kematian) manakala tiada kematian direkodkan di Kelantan dan Labuan," katanya.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata berdasarkan anggaran penduduk semasa, penduduk Malaysia pada suku pertama tahun ini dianggarkan 33.2 juta, meningkat 1.6 peratus berbanding suku pertama 2022 iaitu 32.6 juta.
Jumlah penduduk merangkumi 30.4 juta atau 91.7 peratus warganegara manakala 2.8 juta atau 8.3 peratus bukan warganegara, katanya.
"Kenaikan ini disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warganegara dan juga pertambahan penduduk bukan warganegara," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023

Jumlah kelahiran hidup di Malaysia meningkat bagi suku pertama 2023 dengan 111,604 kelahiran atau 8.9 peratus direkodkan berbanding suku pertama 2022 dengan 102,466 kelahiran. - Gambar hiasan

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Kelahiran hidup meningkat 7.7 peratus pada 2023 - Perangkaan
Kelahiran hidup meningkat 7.7 peratus kepada 455,761 pada 2023 berbanding 423,124 kelahiran pada 2022.

Kelahiran hidup meningkat 8.9 peratus pada suku pertama 2023
Jumlah kelahiran hidup di Malaysia meningkat bagi suku pertama 2023 dengan 111,604 kelahiran atau 8.9 peratus direkodkan berbanding suku pertama 2022 dengan 102,466 kelahiran.

Kelahiran di Malaysia turun tiga peratus suku ketiga 2022
Selangor catat kelahiran hidup tertinggi iaitu 22,260 kelahiran manakala Labuan merekodkan kelahiran terendah dengan 376 kelahiran.

Kelahiran hidup Malaysia 2021 rekod penurunan tertinggi dalam satu dekad
Kadar Kelahiran Kasar (CBR) turut merekodkan penurunan daripada 14.5 kelahiran pada 2020 kepada 13.5 kelahiran pada 2021 bagi setiap 1,000 penduduk.

Populasi Malaysia berjumlah 32.75 juta pada suku pertama 2021
Jumlah itu merangkumi 29.91 juta atau 91.3 peratus warganegara dan baki 2.84 juta orang atau 8.7 peratus lagi merupakan bukan warganegara.