KUALA LUMPUR:Kajian daripada Khazanah Research Institute (KRI) mendapati kelajuan muat turun kandungan internet di Malaysia tidak melebihi 100 Mbps walaupun dengan liputan rangkaian terbaik.
Berdasarkan kajian bertajuk 'Kualiti Jalur Lebar Mudah Alih dan Teras Pembangunannya' melibatkan beberapa peserta yang dibuat pada tahun lepas itu mendapati kelajuan tertinggi direkodkan hanyalah 68.2 Mbps.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini berkata, kelajuan muat turun melebihi 100 Mbps boleh diperoleh di kawasan yang mempunyai jaringan LTE Advanced (LTE-A) bersama dengan penggunaan telefon pintar bersesuaian.
Begitupun, penyelidik, Muhammad Nazhan Kamaruzuki dalam kajiannya memaklumkan tiada satupun responden mendapat kelajuan sebegitu meskipun ada yang mempunyai jaringan LTE-A.
Bahkan, kajian itu turut mendedahkan kelajuan terendah yang direkodkan berada di bawah standard minimum iaitu 1 Mbps.
"Kajian juga mendapati kualiti kelajuan muat turun jauh lebih baik ketika waktu pagi selain berasakan tahap kualiti perkhidmatan di kawasan bandar perlu diberi perhatian," katanya dalam kajian dikongsikan KRI pada Isnin.
Meskipun ramai menganggap kualiti di bandar lebih baik berbanding di luar bandar namun kajian menunjukkan peserta di kawasan Lembah Klang menerima tahap kualiti perkhidmatan yang berbeza, ada yang laju dan ada yang tidak.
Dalam pada itu, Muhammad Nazhan berkata, walaupun kadar liputan rangkaian jalur lebar mudah alih di Malaysia adalah tinggi tetapi ia tidak menjamin kualiti perkhidmatan kepada pengguna.
"Masalah kualiti dalaman seperti di dalam bangunan, pejabat dan rumah boleh berlaku disebabkan degradasi isyarat malah kualiti perkhidmatan boleh terganggu apabila trafik data dan jumlah pengguna meningkat seperti di kawasan bandar," ujarnya.
Tambahnya, berdasarkan analisis daripada laporan SKMM dan Opensignal serta ujian kelajuan muat turun yang dijalankan, perkhidmatan jalur lebar di Malaysia masih memerlukan penambahbaikan infrastruktur yang segera.
Justeru, beliau menggariskan tiga teras untuk strategi pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Malaysia.
"Pertama, pihak berkaitan perlu sentiasa memastikan jaringan dan servis terbaik di setiap lokasi termasuklah yang kawasan yang ‘tiada pulangan’.
"Kedua, pendekatan ‘sediakan payung sebelum hujan’ perlu diterapkan bagi memastikan infrastruktur sedia ada dan yang akan dibangunkan sentiasa bermanfaat.
"Ketiga, penggunaan dana yang lebih luas dan pengaturan yang lebih strategik diperlukan bagi membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang berkualiti tinggi," katanya.
Ridauddin Daud
Mon Feb 15 2021

Meskipun ramai menganggap kualiti di bandar lebih baik berbanding di luar bandar namun kajian menunjukkan peserta di kawasan Lembah Klang menerima tahap kualiti perkhidmatan yang berbeza, ada yang laju dan ada yang tidak. - Gambar BERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.

2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.

Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB
Vivy dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.

Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.

KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tangani isu kerentanan ekonomi
Pengelasan pendapatan B40, M40, dan T20 tidak mencerminkan realiti ekonomi isi rumah di Malaysia. Hanya T30 menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan.

Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.

Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri
GLIC termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan berterusan.

Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.

Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, isu FashionValet tidak akan menjejaskan keinginan Khazanah untuk terus melabur dalam syarikat pemula.