KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bertindak membatalkan kontrak ladang hutan melibatkan kawasan seluas 12,000 hektar berikutan terdapat syarikat yang menandatangani perjanjian gagal mengusahakannya.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata selain pembatalan kontrak, kerajaan negeri turut merampas deposit serta mengenakan denda berkaitan terhadap syarikat yang tidak bertanggungjawab itu.
"Kami batalkan kontrak dan tawar semula dalam bentuk tender baharu kepada syarikat yang berminat untuk mengusahakan semula projek ladang hutan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) yang ingin mengetahui keluasan terkini yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk projek ladang hutan.
Ahmad yang juga ADUN Pasir Pekan berkata keluasan Zon Pembangunan Ladang Hutan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Kelantan yang telah diluluskan oleh mesyuarat Majlis Tanah Negara pada 9 Ogos 2012 adalah 199,000 hektar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata selain pembatalan kontrak, kerajaan negeri turut merampas deposit serta mengenakan denda berkaitan terhadap syarikat yang tidak bertanggungjawab itu. - Gambar fail
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Kelantan bentang Belanjawan 2025, defisit RM93.02 juta
Kerajaan Kelantan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.45 bilion dengan anggaran defisit sebanyak RM93.02 juta.

Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri
Mohd Azmawi Fikri berikrar menjalankan kewajipan sebagai ADUN dengan sedaya upaya serta memelihara, menjaga dan mempertahankan perlembagaan negeri.

Bersatu Kelantan sudah jangka kerusi DUN Nenggiri kosong
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor sudah menjangkakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan.

Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.

Kelantan fokus bangunkan Bandar Baru Tunjong, Tok Bali
Kedua-dua lokasi itu berpotensi mendapat impak kewujudan stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur pada masa akan datang.

DUN Kelantan lulus usul gubal semula kesalahan syariah diisytihar batal, tidak sah
Usul itu, yang dicadangkan Ahli DUN (ADUN) Melor Wan Rohimi Wan Daud (Pas), disokong oleh semua ADUN termasuk dua daripada blok pembangkang.

Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan
Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Kelantan.

Mohd Azizi kekal sokong kerajaan negeri di DUN Kelantan
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pendekatan itu berbeza dengan tindakan yang dilakukan di peringkat Pusat dengan menyokong PM Anwar.

DUN Kelantan tidak terima makluman sokongan ADUN Nenggiri - Speaker
DUN Kelantan masih belum menerima sebarang pemakluman daripada ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim sama ada beliau masih kekal menyokong kerajaan negeri atau sebaliknya.