KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menghadiahkan sebuah banglo kepada Johan Qari Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.
Lebih manis apabila Muhammad Qayyim Nizar Sarimi menerima hadiah itu pada tanggal hari lahirnya iaitu 7 September.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada akhir Majlis Amanat Menteri Besar Kelantan yang berlangsung di Kota Darulnaim di sini, pada Khamis.
Kata Mohd Nassuruddin, pemberian hadiah tersebut sebagai menghargai jasa Muhammad Qayyim Nizar dalam mengharumkan nama negeri dan negara Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Saya juga ingin mengumumkan bahawa Kerajaan negeri Kelantan menyediakan sebuah rumah banglo kepada johan Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa iaitu kepada Muhammad Qayyim Nizar.
“Nilai harga rumah banglo tersebut ialah RM428,500,” katanya di sini.
Muhammad Qayyim Nizar, 25, ialah orang kurang upaya (OKU) penglihatan menggunakan al-Quran braille.
Dalam acara berprestij itu, beliau meraih markah membanggakan iaitu 94.96 peratus mengalahkan peserta dari Iran, Alireza Bizhaniavval yang memperoleh 93.30 peratus.
Peserta dari Brunei Darussalam, Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah pula di tempat ketiga dengan catatakan markah 90.38 peratus.
Muhammad Qayyim Nizar memiliki Diploma Tahfiz al-Quran dan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, di sini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 08 2023

Muhammad Qayyim turut mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran pada Majlis Amanat Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu. - Foto Facebook Datuk Mohd Nassuruddin Daud

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tilawah Al-Quran: Qayyim Nizar, Puteri Kalimatul Azzua johan qari, qariah
Mereka masing-masing membawa pulang RM15,000, serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil.