Kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menjadi sebab berlakunya isu seperti tidak mewartakan kadar premium selain beberapa aktiviti penebangan dan pemindahan balak secara haram di negeri itu, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1.
Semakan Audit mendapati 14 syarikat pengusahasilan hutan untuk tujuan projek ladang hutan dalam kawasan HSK telah dikenakan bayaran premium di antara RM2,000 hingga RM3,000 sehektar (/ha) iaitu tidak bertepatan dengan kadar yang telah diwartakan iaitu RM750/ha.
Sementara itu, bayaran pampasan kayu balak bagi pengusahasilan hutan untuk tujuan projek ladang hutan yang sepatutnya dikenakan pada kadar RM3,000/ha pula tidak dikenakan.
“Bagi 14 syarikat ini, jumlah premium dan pampasan kayu balak yang sepatutnya dikenakan adalah sejumlah RM12.89 juta berbanding jumlah premium RM10.13 juta termasuk bayaran pampasan kayu balak,” petik laporan itu yang menyatakan bahawa kerajaan terkurang mengutip hasil sejumlah RM2.76 juta.
Laporan Audit juga mendapati Kelantan mempunyai beberapa kelemahan dalam pengurusan hasil pembalakan seperti bayaran pampasan tidak dikenakan dan deposit ladang hutan tidak mengikut kadar diwartakan dan denda lewat bayar tidak dikenakan.
Selain itu dikesan juga masalah tunggakan hasil tribute konsesi hutan bernilai lebih RM2 juta dan tunggakan hasil denda kesalahan hutan melibatkan nilai RM239,876.
Berkenaan kes kecurian balak, dari Mei 2013 hingga Ogos 2014, terdapat tiga kes yang mendapat aduan daripada orang awam. Dua kes pertama melibatkan penebangan tanpa lesen sebanyak 281 tunggul dan 105 tual balak pelbagai spesies dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM430,938.
Sementara itu, telah dikesan aktiviti kemasukan kayu balak secara haram bernilai RM118,050 ke kilang kayu Sri Mahligai Rubber Wood, Kemubu, Kuala Krai melibatkan 322 tual kayu balak. Semua kes kecurian tersebut melibatkan 835.83 meter padu balak.
Astro Awani
Mon Apr 06 2015

Tunggakan hasil tribute konsesi hutan bernilai lebih RM2 juta dan tunggakan hasil denda kesalahan hutan melibatkan nilai RM239,876 dikesan di Kelantan. - Gambar hiasan

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

LTAT tarik balik saman terhadap Rafizi
Peguam, Saiful Izham Ramli yang mewakili Rafizi selaku defendan berkata, persetujuan itu direkodkan oleh pihak-pihak di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim semalam.

Terima BR1M lebih sekali, 4,771 penerima disenarai hitam
Sejumlah 72.5 peratus daripada 6,577 penerima telah membuat penunaian lebih daripada sekali bagi tempoh 2012 hingga tahun lalu.

Audit: Projek Kompleks Pakar HKL lewat kerana masalah elektrik, kebakaran
Projek pembinaan SCACC HKL lewat disiapkan kerana masalah bekalan elektrik dan kes kebakaran, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Kelantan tidak wartakan kadar premium sebenar dalam pengurusan balak - Audit
Kelemahan penguatkuasaan JPNK menjadi sebab berlakunya isu seperti tidak mewartakan kadar premium selain beberapa aktiviti penebangan haram.

Audit telus, bebas dan menyeluruh penting untuk bersihkan imej 1MDB - Muhyiddin
Audit forensik perlu dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB bagi memulihkan reputasi dan mengembalikan keyakinan pelabur.