KOTA KINABALU: Kelawar akan menjadi spesies terancam sekiranya penguatkuasaan dan kawalan pengeluaran lesen memburu tidak dilaksanakan dengan lebih ketat, kata Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Mohd Soffian Abu Bakar.
Sehubungan itu, beliau berkata penguatkuasaan untuk memastikan haiwan berkenaan tidak diburu oleh pemburu haram, perlu terus dipertingkatkan daripada semasa ke semasa, selain pengeluaran lesen memburu dikawal dengan baik.
Mohd Soffian berkata populasi kelawar di Sabah masih terjaga dan belum terancam, namun boleh berlaku sebaliknya jika langkah penguatkuasaan dilakukan sambil lewa dan tiada langkah pemuliharaan spesis itu dilakukan secara berkesan.
"Kelawar masih boleh diburu dan kita keluarkan lesen memburu kelawar, bagaimanapun kawasan memburu kelawar ini sangat terhad dan bukan semua tempat boleh memburu. Kelawar ini bermusim dan bukannya hari-hari dapat memburu haiwan berkenaan, sebab itu kita masih mengeluarkan lesen untuk memburu.
"Sukar untuk mengetahui berapa banyak populasi tetapi berdasarkan jumlah lesen yang kita keluarkan, kebanyakan orang yang memohon lesen untuk 10 ekor, had setakat ini tidak ada namun sekiranya ada pemohon yang memohon untuk memburu lebih banyak kita kena hadkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Keluang Sempena Projek Kerjasama Rehabilitasi Keluang Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Jabatan Hidupan Liar Sabah di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS Prof Madya Dr Fiffy Hanisdah Saikim berkata majlis berkenaan, satu peristiwa bersejarah untuk UMS kerana buat pertama kali untuk universiti berkenan menjalankan program rehabilitasi kelawar bersama agensi lain.
"Ini satu projek yang dinanti-nantikan setelah 28 tahun penubuhan pusat penyelidikan ini di UMS. Dalam projek ini kita dapat mengetengahkan pakar kita, sebelum ini kita membuat penyelidikan secara sendiri namun kali ini kita bekerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah.
"Sebenarnya kerjasama antara UMS dan agensi luar sangat diperlukan terutamanya dalam bidang pemulihan alam sekitar," katanya.
Beliau berkata UMS sebelum ini banyak melakukan kerjasama dengan agensi luar daripada segi pemuliharaan alam sekitar, selain kesedaran terhadap gajah dan pelbagai haiwan lain di Sabah.
"Namun ini pertama kali kita melaksanakan projek rehabilitasi kelawar dan kita berharap kerjasama ini berjalan dengan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024
Kelawar akan menjadi spesies terancam sekiranya penguatkuasaan dan kawalan pengeluaran lesen memburu tidak dilaksanakan dengan lebih ketat. - Gambar hiasan/AP
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Kelawar di Sabah terancam jika penguatkuasaan, kawalan lesen memburu tidak ketat
Kelawar akan menjadi spesies terancam sekiranya penguatkuasaan dan kawalan pengeluaran lesen memburu tidak dilaksanakan dengan lebih ketat.
Virus Nipah: Dua maut, tiga positif di Kerala, India
Pakar kesihatan kini sedang mengumpul sampel cecair daripada kelawar dan pokok buah-buahan di wilayah tersebut.
Saintis temui penjelasan tentang spesies kelawar 'vampire' dan diet darah
Perubahan gen itu membantu spesies tersebut beradaptasi dengan diet darah yang kaya dengan zat besi dan protein namun hanya mengandungi sedikit lemak atau karbohidrat.
COVID-19: Petugas makmal yang dijangkiti mungkin penyebab penyebaran virus
Seorang pekerja makmal telah dijangkiti ketika mengambil sampel di dalam gua yang dipenuhi kelawar.
Pesawat terpaksa berpatah balik gara-gara kelawar dalam kabin
Pesawat Air India yang membuat penerbangan ke Amerika Syarikat (AS) terpaksa berpatah balik susulan seekor kelawar ditemui terbang ke dalam ruang kabin pesawat itu.
Asal-usul COVID-19: Pakar AS kaji laporan WHO-China
Satu kajian bersama WHO-China mengenai asal-usul COVID-19 mendapati virus itu mungkin disebarkan daripada kelawar ke manusia melalui haiwan lain.
Giat tangkap kelawar, 'pemburu virus' ini berharap mampu halang pandemik seterusnya
Tangkapan itu bagi membangunkan model simulasi yang diharap mampu membantu dunia menghindari pandemik yang mirip COVID-19.
WHO sangkal teori virus punca COVID-19 dihasil di makmal China
Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyiasat asal usul COVID-19 menafikan teori virus itu dihasilkan di makmal China.
Kaitan punca COVID-19, penyelidik di Thailand mulakan kajian spesies kelawar
Ratusan kelawar dikumpulkan dari sebuah gua di wilayah Chanthaburi di sebelah tenggara negara itu.
COVID-19: Ada apa dengan Institut Virologi Wuhan?
Terbaharu, China membantah sebarang cadangan untuk melancarkan siasatan antarabangsa berhubung punca koronavirus SARS CoV-2 yang didakwa ia berasal dari makmal milik negara itu.