Kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang terutama sistem maklumat agensi keselamatan menjadi punca pertambahan kes jenayah melibatkan senjata api.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ia sekali gus memberi kelebihan kepada penjenayah yang semakin berani selain akses mudah mereka mendapatkan senjata api.
"Maklumat yang diselangi rondaan dapat membanteras kes melibatkan kongsi gelap serta geng-geng samseng yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.
"Apa yang penting maklumat. Apabila kita dapat maklumat yang baik baru kita dapat mencegah, meronda tanpa maklumat tidak boleh cegah jenayah.
"Bila meronda nampak polis beruniform mereka tak lakukan jenayah, bila polis tak ada, mereka bermaharajalela. Rondaan perlu ada taktik polis tidak pakai uniform supaya mereka dapat dikesan dan jika berlaku apa sahaja, mereka boleh ditangkap," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
BACA: Polis tubuh pasukan khas buru pembunuh upahan - KPN
BACA: Kronologi kes tembak di Malaysia sepanjang 2016
BACA: Kewujudan pembunuh upahan, kelemahan kawalan sempadan punca kes tembak meningkat
Musa mengulas kejadian tembak tiga lelaki di dalam pergaduhan yang tercetus di kawasan tapak permainan dan parking di Flat Rimba Jaya, Sek 16, Shah Alam pada Ahad.
Pada Ahad juga, seorang pekerja sebuah stesen minyak warga Bangladesh cedera selepas terkena tembakan dilepaskan seorang lelaki dalam kejadian samun di Jalan Genting Klang.
Pada 27 Julai lalu, V Kandasamy atau Kanna 43 ditembak mati ketika sedang memandu di Jalan Danau Kota.
Dalam pada itu, Musa juga mahu kerahsiaan pemberi maklumat sentiasa dijamin pihak berkuasa.
"Pemberi maklumat ini kalau mereka tidak selesa dan takut bahawa diri mereka terdedah, mereka akan takut untuk memberi maklumat-maklumat penting.
"Pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas perlu ada integriti tinggi untuk memastikan maklumat tidak dibocorkan ke pihak tertentu yang mana mereka akan merasakan diri mereka dalam bahaya," jelasnya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pemberi maklumat hanya akan dilindungi undang-undang apabila mereka menggunakan saluran yang betul untuk mendedahkan salah laku.
Menurut laman web Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dilaksanakan oleh semua agensi yang mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan.
Ia menggalakkan dan memudahkan orang awam untuk mendedahkan sebarang perbuatan rasuah dan salah laku lain yang termasuk di bawah kelakuan tidak wajar di bawah Akta ini.
Akta itu turut memperuntukkan perlindungan kepada pemberi maklumat iaitu perlindungan melibatkan maklumat sulit pemberi maklumat, perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan serta kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah yang mungkin dihadapi oleh pemberi maklumat setelah membuat pendedahan kepada Agensi Penguatkuasaan.
Wan Syamsul Amly
Mon Aug 08 2016

Kelemahan penguatkuasaan undang-undang memberi kelebihan kepada penjenayah yang semakin berani selain akses mudah mereka mendapatkan senjata api. - Gambar fail
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

'Kelemahan sistem maklumat tambah jenayah senjata api' - Musa Hassan
Kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang terutama sistem maklumat agensi keselamatan menjadi punca pertambahan kes jenayah melibatkan senjata api.

Lima lelaki yang ditembak polis di Pulau Pinang terlibat dalam kes jenayah senjata api
Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis terbabit dalam beberapa jenayah senjata api.