TELUK INTAN: Seorang kelindan lori hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis bulan lepas.
Mohamad Hafiz Naharoddin, 28, dipercayai anggota kumpulan samun 'Geng Bulat' mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu cuba membunuh Kpl Nik Mohd Khairul Izwan Nik Jid dengan memandu kenderaan Perodua Myvi secara berbahaya di jalan raya sehingga menyebabkan kecederaan kepada Nik Mohd Khairul dengan pengetahuan bahawa perbuatan sedemikian boleh menyebabkan kematian.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Masjid Simpang 4 Labu Kubong, Chenderong Balai di sini pada kira-kira 5.50 petang, 23 Okt lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Cheah Shuh Yuan tidak menawarkan jaminan manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan M. Saravanan memohon jaminan munasabah dengan alasan Mohamad Hafiz melanggar kereta polis secara tidak sengaja.
Saravanan berkata tindakan polis melepaskan tembakan telah terkena bahu kanan tertuduh yang merupakan bapa kepada seorang anak sehingga menerima jahitan.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan, selain menetapkan 29 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Dalam kejadian di Kampung Gajah pada 23 Okt lepas, polis menahan dua lelaki tempatan, dipercayai anggota kumpulan samun, yang cuba melarikan diri dengan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan seorang anggota polis diheret ketika cuba menahan mereka.
Pada 17 Nov lepas, Mohamad Hafiz dan abangnya Ahmad Fazrin Naharoddin, 31, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata pada Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Mohamad Hafiz mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kelindan lori didakwa cuba bunuh polis
Seorang kelindan lori hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis bulan lepas.

Pekerja kontrak mengaku tidak bersalah cuba bunuh polis
Seorang pekerja kontrak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis.

Pembantu tukang masak dituduh cuba bunuh polis
Muhammad Luqman Hakim Mohd Shukri mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.