BENTONG: Seorang kelindan rentung apabila lori yang dinaikinya terbakar selepas melanggar belakang treler berhampiran bulatan Lebuhraya Lingkaran Utama (LTU) dekat Mempaga di sini pada awal pagi Isnin.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pemandu lori terbabit cedera parah akibat kejadian tersebut.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.44 pagi.
"Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama sebuah jentera pemadam dan EMRS dikerahkan ke tempat kejadian.
"Komander operasi melaporkan berlaku kebakaran lori bonded dan treler setelah berlaku kemalangan iaitu lori tersebut telah melanggar belakang treler yang sedang parkir di tepi jalan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ujar beliau, kemalangan itu telah menyebabkan lori terbakar 100 peratus dan mangsa iaitu seorang lelaki dewasa cedera dan seorang lagi lelaki telah rentung di dalam lori.
Jelas Zulfadli, treler terbabit telah terbakar di bahagian belakang manakala pemandunya selamat.
Jelasnya, pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba dan operasi terkawal pada jam 6.03 pagi.
"Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dengan jentera EMRS untuk rawatan lanjut dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," tambahnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 13 2024

Keadaan lori terbakar 100 peratus dalam kemalangan dekat bulatan LTU Mempaga, Bentong pada Isnin. - Gambar/ JBPM

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas

Lori tangki muatan minyak sawit terbakar di lebuh raya ELITE
Nahas berlaku apabila lori dipandu lelaki warga tempatan berumur 53 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara
Kebakaran melibatkan sebuah lori 12 tan jenis Hino yang membawa muatan bakul buah buahan yang terbakar 35 peratus.

Kelindan rentung, lori terbakar rempuh treler parkir tepi jalan
Seorang kelindan rentung apabila lori yang dinaikinya terbakar selepas melanggar belakang treler berhampiran bulatan Lebuhraya Lingkaran Utama (LTU) dekat Mempaga di sini pada awal pagi Isnin.

Jejambat di lebuh raya di Philadelphia runtuh selepas lori terbakar
Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti jika ada individu yang mungkin terperangkap.

Lori tangki minyak terbakar
Sebuah lori tangki minyak terbakar dalam kejadian di Kampung Beris Lalang di Bachok, Kelantan pada Isnin.

Lori muatan besi terbakar, trafik di PLUS sesak 8km
Sebuah lori dengan muatan besi campuran terbakar di kilometer (km) 253.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini pada Khamis.

2 maut, seorang melecur 90 peratus tubuh dalam kemalangan 3 kenderaan
Dua maut, manakala seorang lagi melecur hampir keseluruhan badan dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kampung Gua Ming di sini pada Selasa.

Lori muatan simen terbakar, lebuh raya sesak 9km
Sebuah lori dengan muatan simen mengalami kebakaran di Kilometer (km) 299.4 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan, malam tadi.

Lori tangki muatan diesel terbakar
Kemusnahan melibatkan 80 peratus dan operasi tamat pada jam 4.52 petang.

Lori terbakar, pemandu sempat terjun selamatkan diri
Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila lori yang dipandunya tiba-tiba terbakar dan meletup di Jalan Felda Teloi Timur, pada Isnin.