SEPANG: Warga asing yang ingin memasuki negara ini diberi kelonggaran sehingga 31 Disember ini mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) di pintu masuk negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Bercakap pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini hari ini, beliau berkata bermula 1 Januari 2024, warga asing diwajibkan mengisi kad digital berkenaan dua atau tiga hari sebelum tiba di negara ini.
"Mereka masih boleh mengisi kad digital itu sebaik tiba di sini sebab ada sesetengah orang baru tahu mengenai pelaksanaan ini, jadi kelonggaran diberikan.
Pengisian MDAC ini penting untuk memastikan aspek kawalan tidak dikompromi di dalam kita memberi kelonggaran syarat-syarat kemasukan pelancong," katanya MDAC mempunyai ciri-ciri keselamatan.
MDAC merupakan salah satu daripada lima inisiatif utama bagi penambahbaikan kemudahan perkhidmatan Jabatan Imigresen, selaras pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) yang mengecualikan visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India bermula 1 Disember.
Beliau berkata pelancong asing ke Malaysia tidak perlu berdepan proses pemohonan visa yang agak merumitkan dengan pengisian MDAC itu.
"Kita dapat memantau pergerakan atau mengetahui alamat didiami kalau mereka masuk ke negara kita melalui MDAC," katanya.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata kelonggaran serta pengecualian MDAC diberikan terutamanya kepada individu-individu yang merupakan pengembara berulang di sempadan-sempadan negara.
"Ini juga untuk memastikan tiada kesesakan di pintu-pintu masuk antarabangsa kita," katanya.
Selain warga Singapura, turut dikecualikan mengisi MDAC ialah pemegang pasport tetap Malaysia dan pas jangka panjang Malaysia, pemegang sijil pengenalan biasa Brunei (GCI) dan "Brunei Malaysia Frequent Traveller Facility", pemegang pas sempadan Thailand dan pas Lintas Batas Indonesia.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 14 kaunter Jabatan Imigresen yang baharu dibuka di KLIA sempena pelaksanaan pengecualian visa berkenaan bermula 1 Disember.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kaunter imigresen yang beroperasi di KLIA adalah sebanyak 60, untuk memudah dan mempercepatkan pergerakan kemasukan pengunjung atau pelancong asing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas melawat ke tempat pemeriksaan pasport untuk melihat proses pelaksanan Pelan Liberalisasi Visa di KLIA Terminal 1 hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

Pekerja, peniaga warga asing dilarang berniaga di bazar Ramadan di N.Sembilan
PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

273 warga asing ditahan masuk Myanmar secara haram
Pihak berkuasa Myanmar pada Isnin menahan seramai 273 warga asing yang memasuki negara itu secara haram di perbandaran Myawaddy.

PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram dalam serbuan di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar di sini semalam.