SIRI animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man bakal diangkat ke layar perak.
Filem Keluang Man versi ‘live action’ ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashraf Hashim.
Sedang memulakan fasa praproduksi, kini filem Keluang Man sedang mencari bakat yang bersesuaian untuk watak utama.
Sesi uji bakat fasa pertama dibuka bermula 28 Julai sehingga 13 Ogos depan.
Pencarian bakat ini terbuka buat semua warganegara Malaysia, lelaki, berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun, fasih berbahasa Melayu, berperwatakan menarik dan berpersonaliti unik serta mempunyai fizikal yang tegap.
Mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri adalah satu kelebihan.
Bagi yang berminat, layari platform media sosial Instagram Astro Shaw atau Astro Gempak bagi mendapatkan imbasan kod QR untuk menghantar video tentang diri dan personaliti anda.
Imbas kod QR, muat naik video berdurasi maksimum 3 minit tentang personaliti anda berserta gambar, dan tekan butang hantar. Video hendaklah dalam format mp4 sahaja (saiz fail tidak melebihi 300mb).
Calon yang terpilih dalam senarai pendek akan mendapat notifikasi dari pihak produksi. Mereka akan diberikan penerangan tentang ciri-ciri karakter untuk proses uji bakat fasa kedua secara fizikal di Kuala Lumpur/Selangor.
Sepuluh bakat yang terbaik akan dipilih untuk saringan fasa ketiga sebelum pihak produksi mendedahkan siapa yang berjaya membawa watak Keluang Man.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, watak ikonik ini amat dekat dengan penonton dan cuba untuk meneroka bakat baru.
"Dalam usaha menghasilkan karya berkualiti, Astro Shaw mengambil langkah untuk meneroka inisiatif ini dengan membuka peluang kepada para selebriti tanah air serta masyarakat umum di luar sana untuk mempamerkan bakat terpendam.
"Kami berharap pencarian ini dapat menampilkan bakat yang menepati kriteria watak adiwira itu," katanya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.keluangman.com atau kunjungi media sosial Instagram, Twitter, TikTok Astro Shaw atau Astro Gempak. -Gempak
Gempak
Fri Jul 28 2023

Filem Keluang Man versi live action ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashraf Hashim. -Gempak
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw Cinematic Universe dilancarkan, jadi perintis era baharu sinema Malaysia
Peneraju utama industri perfileman tempatan, Astro Shaw terus mengorak langkah dengan memperkenal inisiatif baharu yang dinamakan Astro Shaw Cinematic Universe.

Kapla, Keluang Man 'bikin panas' di Hari Kebangsaan
Dua karakter karya hiburan popular iaitu Keluang Man dan Kahar menerusi siri fenomena Project High Council membuat penampilan istimewa dengan menyertai perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee

Angan-angan jadi kenyataan, Nas teruja ditawar watak Keluang Man
Nas seakan sukar untuk percaya yang dia terpilih menjayakan karakter animasi ikonik itu.

Keluang Man bakal difilemkan, pencarian bakat baharu untuk watak utama... ini ciri yang dicari!
Sesi uji bakat fasa pertama dibuka bermula 28 Julai sehingga 13 Ogos depan.

Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali
Selepas lebih dua dekad, siri animasi legenda Malaysia yang menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan bakal diangkat ke layar perak.

Siri animasi era 90an imbau kenangan zaman kanak-kanak
Kanak-kanak pada zaman itu, biasanya kalau cuti sekolah, awal pagi lagi mereka bangun, mandi dan usai sarapan, duduk di depan televisyen untuk menonton rancangan animasi popular.

Amar Singh akan bersara Jun ini, tetapi ...
Namun oleh kerana peranan pentingnya dalam siasatan kes 1MDB, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mungkin akan dilanjutkan kontraknya.

Filem Keluang Man tak jadi, Rizal Halim mohon maaf
Filem Keluang Man Tak Jadi, Rizal Halim Mohon Maaf Pada Rakan Artis di Singapura dan Indonesia