RUMAH produksi Astro Shaw mengumumkan kerjasama dengan jenama kopi Wonda Coffee bagi merealisasikan adi wira kesayangan Malaysia, Keluang Man.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya teruja dapat berkolaborasi dengan pengeluar dan pengedar minuman Etika bagi memacu transformasi kandungan filem di Malaysia.
“Usaha sama ini adalah permulaan kukuh buat Astro Shaw dalam menetapkan standard baharu bagi rangka pemasaran filem yang lebih inovatif.
"Kami percaya jenama Keluang Man dan Wonda Coffee mempunyai persamaan iaitu mengutamakan elemen lokal dan ia amat dekat dengan masyarakat Malaysia.
“Dengan memanfaatkan pengalaman Astro Shaw dan Etika, kami yakin kolaborasi ini mampu mencapai objektifnya.
"Sementara itu, kami turut rasa berbesar hati apabila filem Keluang Man diberi ruang untuk dipamerkan di KidZania dan usaha ini mampu memperkenalkan superhero ikonik Malaysia kepada generasi baharu.
“Nantikan pelbagai strategi kreatif dan aktiviti menarik menerusi kolaborasi ini.
"Antaranya akan datang, peminat boleh mencalonkan individu yang telah memberikan impak dalam masyarakat, dan layak untuk dinobatkan sebagai ‘Keluang Man of the Month’ di Gempak.com, dan pemenangnya akan diumumkan menerusi program Gempak Most Wanted di Astro Ria.
“Inisiatif ini bertujuan mengiktiraf wira Malaysia yang tidak didendang dan mempunyai kualiti sama dengan Keluang Man yang berani,” katanya.
Sementara itu Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan mengesahkan komitmen syarikat untuk meraikan rakyat Malaysia dan bakat tempatan unik yang ada di Malaysia.
“Melalui kerjasama bersama Astro Shaw untuk Keluang Man, kami ingin menzahirkan sekali lagi sokongan kami untuk industri hiburan tempatan, menyokong pengarah berbakat, penulis, pelakon berbakat serta usaha produksi dan pasca produksi yang membawa lagenda ini ke layar perak.
“Sebagai jenama yang percaya akan kuasa bakat tempatan, kami bercita-cita untuk menjadi lebih daripada sekadar jenama minuman, tetapi untuk menjadi minuman pilihan yang sinonim dengan rakyat Malaysia apabila menikmati setiap perjalanan sinematik tempatan.
"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Astro Shaw untuk merealisasikan Keluang Man menerusi cara yang begitu menarik dan interaktif.
"Di KidZania hari ini, sebagai salah satu langkah pertama dalam perjalanan kami bersama Keluang Man, kami memperkenalkan zon wall climbing unik.
"Kami mahu memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk merangkul semangat adi wira mereka, memupuk keberanian, keazaman, dan rasa untuk mengembara,” katanya.
Pelancaran zon wall climbing Keluang Man menandakan permulaan kerjasama dinamik antara Wonda Coffee dan Astro Shaw.
Kedua-dua jenama ini komited untuk membawa pengalaman yang lebih inovatif dan menarik kepada rakyat Malaysia, memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai tahap baharu di samping menyerlahkan potensi mereka.
Melalui kerjasama inovatif antara Wonda Coffee dan Astro Shaw, zon wall climbing Keluang Man menjanjikan pengalaman yang mengujakan untuk pengunjung, menggabungkan keterujaan pengembaraan dengan semangat kepahlawanan yang dijelmakan oleh Keluang Man.
Ditampilkan secara eksklusif hanya di KidZania Kuala Lumpur, pengunjung berumur 8 hingga 17 tahun akan dapat menguji kemahiran adi wira mereka di zon wall climbing.
Zon wall climbing, sebahagian daripada pengembaraan yang ditampilkan di KidZania mula diperkenalkan sebagai salah satu tarikan utama. Dengan pengenalan rasmi Zon Wall Climbing Keluang Man, KidZania meramalkan lebih 400,000 pengunjung pada tahun 2024.
Tonjolkan semangat adi wira dalaman anda sekarang!
Kunjungi KidZania Kuala Lumpur untuk memulakan pengembaraan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, meningkatkan tahap baharu dengan Keluang Man dan Kopi Wonda. -Gempak
Gempak
Sun Mar 03 2024

Astro Shaw umum kerjasama dengan jenama kopi Wonda Coffee bagi merealisasikan adi wira kesayangan Malaysia, Keluang Man. -Gempak
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro penyiar rasmi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025
Astro diumumkan selaku penyiar rasmi bagi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 yang akan membuka tirainya di Velodrom Nasional Nilai pada 21 hingga 27 Februari depan.

GV11: Pentas akhir terbesar gabung artis legenda Malaysia, Singapura dan Indonesia
Malam kemuncak Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang akan berlangsung malam ini bakal menjadi pentas persembahan yang penuh gilang-gemilang.

Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.

Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.

Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.

Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.