KUALA LUMPUR: Dua keluarga yang tiga anak mereka tertukar sejak lahir 20 tahun lepas, dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan, telah melantik barisan peguam untuk menasihati dan mengambil tindakan undang-undang yang perlu.
"Kejadian yang berlaku telah menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada anak guam kami dan dua keluarga mereka. Lantaran itu kami akan sedaya upaya memastikan keadilan dapat terlaksana sebaiknya," katanya dalam kenyataan kepada Bernama malam ini.
Beliau berkata pihaknya telah menulis surat kepada pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan kerjasama pihak hospital itu untuk membekalkan rekod-rekod kelahiran dan perubatan yang berkenaan.
Pada masa sama katanya pihak barisan peguam juga menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin dan Pengarah Hospital HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali yang akan menyiasat perkara itu dan akan mengesan dokumen serta petugas terlibat.
"Kami juga menghargai kenyataan serta pandangan yang diberikan oleh Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, pakar psikologi, serta pihak-pihak lain yang simpati dengan nasib anak guam kami serta kedua-dua keluarga mereka," katanya
Bernama sebelum ini melaporkan tentang dua keluarga yang mengharungi kisah tragis apabila tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar, tertukar selepas dilahirkan 20 tahun lepas.
BACA: Kembar seiras tertukar, hanya diketahui selepas 20 tahun
Kejadian itu disedari selepas ketiga-tiga mereka, Adryani Iwani, 'kembarnya' Adryana Irwani, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021

Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, (kiri) bersama Adryana Iwani, 20, (tengah) dan Noratirah Husin, 20. - Foto BERNAMA
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.
Lima cedera pesawat ringan terhempas, terbakar
Lima termasuk juruterbang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di tempat letak kereta sebuah komuniti persaraan berhampiran lapangan terbang kecil di pinggir Pennsylvania.

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.
Tumpuan Selasa – 11 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kertas cadangan autonomi tambahan C4P dikemukakan kepada JPA pada Mei
Kementerian Kesihatan kini berada di peringkat akhir dalam penyediaan kertas cadangan bagi memberikan autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P).
AWANI Tonight 10 March 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews

Sabah Maju Jaya: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.

Pasangan kembar konvo bersama, terima ijazah kelas pertama
Mereka berdua berasa sangat bersyukur kerana impian sejak melangkah ke alam universiti untuk membanggakan ibu bapa dan keluarga terlaksana.

Insiden Siam Paragon: Kembar usia 5 tahun hilang ibu buat selamanya
Mangsa yang merupakan pelancong dari China itu merupakan salah satu korban yang ditembak di kepala ketika kejadian yang menyayat hati itu.

Doktor berjaya keluarkan janin seberat 2kg dari perut bayi 7 bulan
FIF adalah anomali kongenital yang jarang berlaku, yang mana janin cacat membesar dalam badan kembar.

Ingat hamil tujuh anak, rupanya wanita lahirkan kembar sembilan
Seorang wanita yang menyangka dirinya hamil dengan tujuh anak kembar terkejut kerana bilangan anak yang dikandungnya lebih dari jangkaan.

Dua beradik kembar terlibat kes pukul, khianat ditahan
Semakan lanjut mendapati kedua-dua suspek yang juga penjual ayam berusia 36 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Kucing kembar miliki hampir 200,000 pengikut di Instagram
Ramai pengikut beranggapan bahawa Iriss dan Abyss mempunyai baka Turkish Angora atau Turkish Van.

Keluarga anak tertukar lantik peguam untuk ambil tindakan undang-undang
Dua keluarga yang tiga anak mereka tertukar sejak lahir 20 tahun lepas, telah melantik barisan peguam untuk menasihati dan mengambil tindakan undang-undang yang perlu.

Anak yang tertukar, wajib untuk tukar kembali bin/binti - Mufti Kelantan
Anak sebenar itu mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka yang ditinggalkan oleh bapa kandungnya yang sudah meninggal dunia.

Kembar seiras tertukar, hanya diketahui selepas 20 tahun
Dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas, rupa-rupanya tertukar.