IPOH:Keluarga youtuber permotoran yang meninggal dunia di dalam kereta ketika menunggu isterinya menghadiri temuduga di sebuah hospital swasta di Bangsar petang semalam berterima kasih kepada wanita warga Jepun yang menyelamatkan ketiga-tiga anaknya.
Ibu mangsa Mafahirah Shamsuri, 66, berkata tindakan wanita itu yang mendapatkan bantuan setelah melihat cucunya menangis ketika anaknya Mohd Ashraf Rosli, 35, tidak sedarkan diri telah membantu menyelamatkan nyawa ketiga-tiga cucu lelakinya yang turut berada dalam kenderaan ketika kejadian.
Kanak-kanak berkenaan ialah Muhammad Adam Mikhael, 6, Muhammad Anas Mikhael, 3, dan bayi berusia sebulan Muhammad Adel Mikhael.
"Kalau boleh kami mahu mencari wanita Jepun itu untuk ucap terima kasih, cuma anak mak cik tidak dapat diselamatkan, mungkin Allah lebih menyayanginya.
"Arwah merupakan anak yang baik...dia tidak pernah mengadu sakit dan kelihatan sihat sebelum ini malah tidak menunjukkan sebarang petanda akan pergi meninggalkan kami," katanya ketika ditemui Bernama selepas jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tasek di sini pada kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Mafarihah berkata ketika kejadian, anaknya sedang menunggu isterinya Nurul Ain Mohd Razip, 31, menghadiri temuduga bagi jawatan jururawat di hospital yang sama arwah bekerja kerana berhasrat untuk bekerja di tempat yang sama namun tidak kesampaian.
Katanya doktor memaklumkan hasil bedah siasat di Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam mendapati terdapat masalah pada jantung arwah anaknya.
Allahyarham Mohd Ashraf yang bekerja di bahagian teknologi maklumat mempunyai minat mendalam berkaitan bidang permotoran dan sering berkongsi aktiviti berkenaan melalui saluran Youtube menggunakan nama Cakcibor dan mempunyai 27,000 pengikut.
Semalam, kejadian memilukan kira-kira pukul 3.30 petang itu tular di laman sosial selepas kereta mangsa yang di parkir di bahu jalan disedari oleh wanita Jepun berkenaan sebelum mendapatkan bantuan daripada pengawal keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 20 2020

Nurul Ain Mohd Razip, 31, (dua, kiri) bersama anak-anak Muhammad Adam Mikhael, 6, dan Muhammad Anas Mikhael, 3, ketika pengebumian jenazah suaminya Allahyarham Mohd Ashraf Rosli di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tasek, hari ini.- Foto BERNAMA

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

'Raja Mukbang' buat kejutan turun berat badan lebih 100kg
YouTuber terkenal Nikocado Avocado atau digelar 'Raja Mukbang' membuat penampilan mengejutkan apabila berjaya menurunkan berat badan daripada 186 kilogram (kg) kepada 71kg.

Gadis 'mukbang' menemui ajal akibat terlebih makan
Seorang bekas pelayan restoran maut akibat makan berlebihan selepas melakukan penstriman langsung mukbang atau dalam bahasa Korea iaitu mengamalkan pemakanan dalam kuantiti yang banyak.

Wartawan Pakistan yang dilaporkan hilang selamat kembali ke pangkuan keluarga
Seorang wartawan Pakistan yang terkenal sebagai penyokong sejati bekas perdana menteri yang kini sedang dipenjara Imran Khan, pulang ke rumah selepas empat bulan menghilangkan diri.

Budak 5 tahun maut dilanggar Lamborghini dipandu YouTuber
SUV mewah itu dipandu seorang lelaki dan empat rakannya yang sedang merakam kandungan untuk dimuat naik ke media sosial.

Pernah dihina, Awang kini popular
Media sosial ubah nasib jejaka OKU lembam, Awang daripada sering diejek masyarakat kepada semakin popular dan dihormati.

Kes bunuh kekasih: Seorang YouTuber didakwa, tiga rakan dibebaskan
Abdul Jamal Ahmad, 23 tahun, mengganguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Floyd Mayweather vs Logan Paul: Tiada KO, tiada pemenang, tetapi bawa pulang RM200 juta
Pertarungan pertunjukan di antara bintang tinju Floyd Mayweather Jr dan YouTuber sensasi Logan Paul berakhir dengan tiada pemenang.

'Dikebumi' dalam keranda selama 50 jam
Rakaman video itu bermula dengan dia masuk ke dalam keranda lutsinar yang dilengkapi dengan makanan, air, selimut dan bantal.

Khidmat percuma 'YouTuber' FS Channel bantu promosi penjaja, peniaga kecil
Menggunakan nama saluran FS Channel, kini ia mempunyai lebih 800,000 pengikut di Facebook dan hampir 300,000 di YouTube selain 29,000 di Instagram.

Bakal cabar Ben Asken, impian YouTuber Jake Paul lawan petarung UFC jadi kenyataan
YouTuber sensasi dari Amerika Syarikat, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, dilaporkan bakal bertarung dengan bekas atlet UFC, Ben Askren pada April depan.