KUALA LUMPUR: Balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail, empat anak dan ibu mentuanya bersetuju untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan kes tuntutan harta sepencarian berjumlah RM1 bilion di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Selasa.
Ketika prosiding di hadapan Hakim Syarie Abdul Shukor Abd Hamid, peguam Syarie, Nor Husniah Husin yang mewakili Kalsom, 66, selaku plaintif berkata, terdapat proses perbincangan untuk menyelesaikan kes ini secara baik seperti mana saranan mahkamah ketika sebutan kes terdahulu.
"Kesemua pihak bersetuju untuk melapangkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada Selasa.
"Kami akan hadir semula untuk perbincangan keluarga yang mana ia tidak melibatkan peguam serta pihak luar,” katanya.
Peguam Syarie Nur Hidayah A Bakar dan peguam Syarie Farhan Haziq Mohamed yang mewakili ibu Allahyarham Jamaludin, Aminah Abdullah selaku defendan kelima, kemudian mengesahkan terdapat perbincangan keluarga dalam menyelesaikan kes tuntutan tersebut.
Mendengar perkara itu, hakim syarie itu berkata, mahkamah meraikan tindakan yang dibuat kesemua pihak.
"Memandangkan ada tolak ansur daripada pihak-pihak untuk menyelesaikan tuntutan secara baik, diharapkan tidak berlaku sebarang pertengkaran yang dapat merosakkan institusi kekeluargaan,” katanya.
Abdul Shukor kemudiannya menetapkan 31 Januari 2023 bagi keputusan status perbincangan kes tuntutan itu.
Kalsom, 66, selaku plaintif memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia, Amerika Syarikat dan Arab Saudi serta beberapa saham syarikat tempatan pada Oktober 2018, dengan menamakan anaknya, Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa, Noor Adilla, dan Aminah sebagai defendan pertama hingga kelima.
Pada 4 April 2015, Jamaludin yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.
Turut maut juruterbangnya, Kapten Clifford William Fournier; Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Datuk Seri Azlin Alias; ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang; pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Nov 01 2022

Balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail, empat anak dan ibu mentuanya bersetuju untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan kes tuntutan harta sepencarian berjumlah RM1 bilion. - Gambar SINAR HARIAN

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Tuntutan harta lebih RM2.1 bilion Jamaludin Jarjis selesai
Ahli keluarga Jamaludin Jarjis akhirnya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut tuntutan harta sepencarian lebih RM2.1 bilion secara baik.

Prosiding tuntut harta Jamaludin Jarjis tangguh hingga keputusan semakan selesai
Prosiding tuntutan harta sepencarian RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham Jamaludin Jarjis, terhadap empat anak dan ibu mentuanya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini ditangguhkan.

Status harta sepencarian JJ RM2 bilion belum capai penyelesaian
Usaha mencapai status penyelesaian berhubung harta sepencarian Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis yang dianggarkan melebihi RM2 bilion masih belum mencapai kata putus.

Status tuntutan harta RM2 bilion Jamaludin Jarjis diketahui esok
Status penyelesaian kes tuntutan harta sepencarian lebih RM2 bilion milik Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis di Mahkamah Tinggi Syariah diketahui pada Rabu.

Keluarga Jamaludin setuju bincang tuntutan harta RM1 bilion
Tuntutan harta sepencarian itu termasuk 20 hartanah di Malaysia, Amerika Syarikat dan Arab Saudi serta beberapa saham syarikat tempatan.

Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek
Ia berhubung pengagihan wang tunai RM2.29 juta milik arwah yang disimpan di dalam akaun bank tempatan dan luar negara.

Ibu Allahyarham Jamaludin Jarjis fail afidavit balasan
Shamsuriah berkata mahkamah menetapkan tarikh berkenaan bagi pihak plaintif mengemukakan afidavit jawapan mereka.

Bukan kerana saya Allahyarham Jamaludin Jarjis kaya - Najib
Datuk Seri Najib menafikan hubungan baik antara beliau dengan Allahyarham Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis membolehkan arwah mengumpul kekayaan berjumlah RM2.1 bilion.

Ibu Allahyarham Jamaluddin Jarjis tuntut harta faraid lebih RM2b
Ibu kepada bekas Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis mengemukakan permohonan bagi mendapatkan sijil faraid bagi menuntut harta berjumlah lebih RM2 bilion milik anaknya.