KELUARGA Kardashian dan Jenner mungkin tidak akan dijemput ke acara Met Gala tahun ini.
Portal Page Six melaporkan Ketua Pengarang Vogue, Anna Wintour mengambil serius dalam meneliti senarai tetamu untuk acara itu tahun ini, dan nama kedua-dua keluarga itu mungkin tercicir dari senarai.
Menurut satu sumber, "tiada anggota keluarga Kardashian" akan dijemput walaupun lima beradik perempuan terkenal itu hadir bersama buat kali pertama tahun lalu.
Namun sumber yang rapat dengan keluarga itu berkata dakwaan itu tidak benar.
Khloé Kardashian tahun lalu mendedahkan dia pernah menolak jemputan ke Met Gala kerana masalah anxiety membuatkannya bimbang untuk muncul di karpet merah.
Sejak 1995, Wintour akan memutuskan senarai tetamu acara tersebut, yang diadakan setiap tahun pada hari Isnin pertama pada bulan Mei bagi membantu mengumpul dana untuk Muzium Seni Metropolitan.
Kim Kardashian pertama kali menghadiri Met Gala pada 2013 bersama bekas suaminya, Kanye West.
Sejak itu, sudah menjadi rutin untuknya melalui karpet merah, dengan penampilannya tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila dia mengenakan pakaian ikonik Marilyn Monroe.
Astro Awani
Sun Mar 12 2023

Penampilan Kim tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila dia mengenakan pakaian ikonik Marilyn Monroe. - Gempak
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Twitter mula buang tanda pengesahan biru, Bill Gates dan Kim Kardashian antara 'mangsa'
Twitter pada Khamis mula membuang tanda pengesahan daripada beribu-ribu akaun, termasuk akaun tokoh terkenal.

Kes 1MDB: Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian disiasat FBI
DiCaprio dedah berkenalan dengan Jho Low di kelab malam dan wang disalur didakwa daripada 'individu paling kaya' yang tidak dikenali di Abu Dhabi.

Promosi wang kripto, Kim Kardashian bayar denda RM5.8 juta
Kim Kardshian membayar denda kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat sebanyak RM5.8 juta.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II ubah sifat Kanye West
Kanye West mengaku mahu membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Kim Kardashian, Pete Davidson dilapor berpisah
Pasangan Hollywood Kim Kardashian, Pete Davidson dilapor berpisah

Sampai tertetas, Kim K didakwa rosakkan gaun Marilyn Monroe
Akaun Instagram Pop Culture telah berkongsi foto yang membandingkan gaun itu sebelum dan selepas dipakai Kim K.

Kim Kardashian fail perceraian terhadap Kanye West - Laporan
Menurut laporan media Amerika Syarikat, bintang realiti berusia 40 tahun itu menuntut hak penjagaan anak-anak

Ada apa, Kim Kardashian boikot Facebook, Instagram?
Selebriti realiti televisyen, Kim Kardashian West mengumumkan untuk memboikot Instagram dan Facebook selama 24 jam.

'Keeping up with the Kardashians' berakhir selepas 20 musim
Bintang popular, Kim Kardashian West menerusi satu entri di laman Instagram rasminya pada Rabu berkata keputusan untuk menamatkan rancangan terbitan E! tersebut dibuat ahli keluarga Kardashian-Jenner.

Penyanyi rap Kanye West rebut jawatan Presiden Amerika?
West pernah beberapa kali bercakap tentang mahu mencalonkan dirinya sebagai presiden sebelum ini.