PUTRAJAYA: Gagasan Keluarga Malaysia perlu disambut sebagai satu pendekatan dalam melestarikan dakwah dalam negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.
Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan beberapa pensyarah, telah diminta untuk merangka satu konsep pengisian yang perlu diisi dalam konteks Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera.
"Konsep pengisian yang telah siap dilancarkan Jumaat lalu, berkenaan konsep pengisian yang perlu kita isi dalam konteks Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera.
"Kita nak kita yang merupakan orang yang membuat pengisian untuk mengharapkan satu Keluarga Malaysia ini, yang kita impikan sebagai satu Keluarga Sejahtera," katanya dalam pertemuan bersama pemimpin Majlis Amal Islami Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), di sini hari ini.
Idris berkata nilai Keluarga Malaysia merupakan komponen penting dalam mendukung Wawasan Kemakmuran 2030, justeru kerajaan dan NGO Islam perlu bersepadu untuk mengekalkan serta memperkasakan permuafakatan dan keharmonian yang telah sekian lama menjadi amalan di negara ini.
"Dalam konteks negara kita, meskipun berbeza latar belakang dan budaya, NGO perlu meraikan keterangkuman, perbezaan serta menjunjung semangat Malaysia, sebagai sebuah negara majmuk dan aset yang perlu dipertahankan," katanya.
Beliau berharap YADIM dan NGO Islam dapat menyambut dokumen Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera dan seterusnya menyemarakkan serta mengetengahkan semangat itu dalam kalangan masyarakat.
Sementara itu, Yang Dipertua YADIM Nasrudin Hassan berkata pertemuan itu bertujuan menyatukan seluruh pimpinan dan membincangkan serta mencari persepakatan kepada gerak kerja bersama ke arah penyelesaian isu-isu berkaitan dengan ummah.
Beliau berkata antara cadangan yang diutarakan adalah saluran dakwah perlu diperluaskan dengan menggunakan media sosial, dan mempelbagaikan bahasa supaya penyampaian maklumat dan dakwah secara meluas kepada seluruh masyarakat.
"Dari sudut mempelbagaikan bahasa juga adalah perlu bukan setakat bahasa Inggeris. Kalau boleh Mandarin, Tamil dan juga bahasa-bahasa yang merangkumi dan mencakupi masyarakat majmuk di Malaysia, tanpa kita mengecilkan peranan bahasa Kebangsaan.
"Kami akan mengutamakan bahasa Kebangsaan namun untuk capaian di peringkat antarabangsa atau golongan minoriti, kita boleh jadikan ia satu usaha dakwah dengan mempelbagaikan penggunaan bahasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021

Idris berkata nilai Keluarga Malaysia merupakan komponen penting dalam mendukung Wawasan Kemakmuran 2030. - Bernama

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong
Ujar Ismail Sabri, perkara itu bagaimanapun bukan datang dari hasil usaha sendiri sebaliknya melibatkan kerjasama pelbagai pihak.

Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.

Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!
SUKM edisi ketujuh berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali.

PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre
Kaji selidik yang dilakukan selama tiga minggu, bermula 20 Oktober hingga 6 November itu dilakukan terhadap 1,211 responden.

Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan JKM memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia terjejas banjir.

Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000
Inisiatif Keluarga Malaysia yang bernilai RM113 juta itu melibatkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat di Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.

Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.

Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.

Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.

Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS
Langkah tersebut sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, dan memastikan keselesaan Keluarga Malaysia jika berdepan bencana kelak.