SINGAPURA: Kemajuan sesebuah negara itu perlu bermula dengan rakyat, kata Speaker Dewan Rakyat Parliamen Malaysia Tan Sri Johari Abdul.
Menurut Johari, ia juga harus disokong dengan ekosistem yang baik di mana ianya teratur dengan perancangan yang baik dan perlaksanaan yang kukuh.
Melihat kepada Malaysia beliau berkata terdapat cabaran bagaimanakah mahu membawa rakyat untuk bekerja seiring dengan kerajaan ke arah "satu objektif jelas ke mana kita mahu menuju."
"Di mana kedudukan dalam negara daripada segi ekonomi... serantau dan di rantau Asia.. ia bergantung kepada persediaan dan persiapan rakyat itu sendiri," katanya di Majlis Bersama Dispora Malaysia di sini pada Khamis.
Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Johari berada di republik itu bagi mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawatannya Seah Kian Peng pada Jumaat (27 Okt).
"Jika tidak kita tidak akan menghala ke arah satu tujuan yang betul.. secara sedar atau tidak sedar akhirnya kita hanya sia-siakan masa dan sumber kita," katanya.
Beliau percaya "masyarakat perlu diterapkan disiplin" dan "dibimbing dengan baik."
Bagi tujuan itu, katanya kerajaan akan meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memerlukan anak muda menjalani latihan di kem tentera selama 45 hari.
Johari juga menyatakan anak muda juga akan dihantar menjalani Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang disepadankan dengan kehendak industri.
Ia sebagai persediaan menerima kemasukan pelaburan asing tidak lama lagi seperti dari China, India dan Turkiye.
"Kami baru-baru ini memeterai MOA (Memorandum Perjanjian) dengan China bernilai kira-kira RM170 bilion. Sekarang, jika orang Cina datang, adakah rakyat kita bersedia untuk menghadapi cabaran itu? Jujur dengan anda, kita belum bersedia.
"Jadi itulah sebabnya tindakan segera perlu diambil untuk melatih anak-anak muda ini," katanya.
Johari juga melihat ia sebagai langkah yang bermanfaat "serampang dua atau tiga mata" di mana "selain daripada memenuhi keperluan pelabur, kita juga meningkatkan pendapatan generasi muda di masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023
Johari berucap pada Majlis Bersama Dispora Malaysia di Singapura, 26 Okt 2023. - Foto BERNAMA
WEF 2025: Leaving Asia's Comfort Zone
The rise of AI and other emerging technologies has the potential to catapult Asia-Pacific from the industrial era into the Intelligent Age, where the region will need to chart a new path outside the comfort of pursuing tried and tested growth models. What measures are necessary for countries in Asia to remain competitive and how can the region reap the benefits of this new era while leaving no country behind?
Unit Pansar raih kontrak pembinaan lebuh raya bernilai RM477.69 juta
Kontrak melibatkan reka bentuk dan pembinaan lebuh raya berkembar empat lorong, sepanjang 8.5km, termasuk dua jambatan, trek basikal, koridor utiliti.
Ringgit dibuka tinggi untuk hari ketiga berturut-turut
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam DXY.
UCL: Raphinha watak penting kebangkitan Barcelona
Raphinha menyumbangkan dua gol ketika Barcelona menempah tempat ke pusingan 16 apabila bangkit daripada ketinggalan 1-3.
Cybersecurity Emerging Threats and AI's Double-Edged Sword
Explore the latest cybersecurity threats and the dual role of AI in both defending against and potentially exacerbating these risks. Rashish Pandey, Vice President of Marketing & Communications at Fortinet Asia & ANZ, delves into the complexities and future implications of AI in cybersecurity.
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB
Vivy dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.
Solskjaer tak minat bawa Marcus Rashford ke Besiktas
Solskjaer diumumkan sebagai pengurus baru kelab Turkiye itu minggu lalu.
UCL: Emery akui silap percaturan punca Aston Villa rebah
Wilfried Singo jaring gol tunggal pada babak pertama ketika Villa terlepas peluang untuk mengesahkan kelayakan automatik ke pusingan 16.
WEF2025: ‘Sustainomy’ Pendekatan Baharu Pembangunan Lestari di ASEAN
Pembangunan ekonomi yang lestari di rantau ASEAN memerlukan pendekatan unik dan bersesuaian dengan keperluan negara membangun. Dalam sesi perbincangan di WEF 2025, CEO BRANDi, Piyachart Isarabhakdee, berkongsi idea mengenai 'sustainomy' sebagai penyelesaian inovatif untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kelestarian berjalan seiring. Editor Kanan Astro AWANI, Najib Aroff, mempunyai butiran lanjut.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Dua ditemukan lemas sementara empat lagi terselamat ketika mandi di Pantai Bayu Impian.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
87 peratus responden termasuk ibu bapa setuju PLKN dilanjutkan - Johari
Sejumlah 87 peratus individu berusia 16 hingga 60 tahun termasuk ibu bapa bersetuju pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilanjutkan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Dukung semangat ASEAN untuk bina persekitaran daya saing positif - Johari
Hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Vietnam khususnya dalam perdagangan penting sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan kerjasama serantau.
Malaysia sebagai Presiden AIPA utamakan ketersambungan dan keterangkuman ASEAN - Johari
Johari dalam ucapannya turut mengulangi dedikasi Malaysia terhadap perpaduan serantau dan diplomasi parlimen.
Johari luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke AIPA Laos
Yang Dipertua Dewan Rakyat luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke mesyuarat Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-45.
Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.
Parlimen: 'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan
Keputusan ini dibuat kerana bilangan ahli penyokong kerajaan (93) lebih ramai berbanding ahli pembangkang (75), dan tiada peraturan yang menetapkan susunan pertanyaan bagi jawab lisan.
Belanjawan 2025: Fokus bincang hal ehwal rakyat, bukan berpolitik - Johari
Beliau menyeru Ahli Parlimen meninggalkan sentimen politik di luar dewan agar persidangan berjalan lancar pada pembentangan Belanjawan 2025.