ALOR SETAR: "Saya amat terkilan gagal menarik keluar adik yang tersepit di tempat duduk pemadu dan hanya mampu menangis melihat dia rentung di depan mata".
Itu luahan M Manivannan, 50, abang kepada M Jayakumar, 48, pemandu bas ekspres yang maut dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Gurun, di sini awal pagi Ahad.
Manivannan berkata, ketika itu bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur membawa empat penumpang ke Hatyai, Thailand.
Katanya, bas itu bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 9.30 malam sebelum singgah di Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Alor Pongsu.
"Pada mulanya saya yang memandu bas itu sebelum adik saya mengambil alih memandu pada jam 2.30 pagi ketika singgah di Alor Pongsu, Perak.
"Saya kemudian tidur di bahagian belakang bas dan terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan nampak kepulan asap.
"Saya berlari untuk menyelamatkan adik tetapi tidak berdaya kerana dia tersepit. Saya kemudian berlari membuka pintu kecemasan di bahagian belakang bas untuk menyelamatkan penumpang yang lain," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Menurut Manivannan, dia kemudian cuba membantu adiknya yang tidak sedarkan diri sambil menjerit namanya berkali-kali, namun gagal.
"Saya dah cuba berkali-kali untuk keluarkan adik... saya cuba umpil pintu tapi tak boleh. Api terus marak dan membakar keseluruhan bas," katanya.
Menurutnya, adiknya yang tinggal di Selama, Perak dan mempunyai dua anak berusia 14 dan 17 tahun serta seorang isteri, baru tiga bulan bekerja dengannya sebagai pemandu bas.
"Saya menetap di Padang Serai, Kulim bersama emak. Dia anak kelima dari 11 beradik manakala saya pula anak keempat, jadi hubungan kami sangat rapat.
"Sampai sekarang saya masih teringat kejadian itu kerana adik saya terbakar depan mata," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu dipercayai datang dari arah sama menuju ke arah Alor Setar.
"Siasatan awal mendapati bas dipandu mangsa pada mulanya terlanggar bahagian belakang treler berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun.
"Berikutan itu, bas tersebut terbabas, melanggar besi pembahagi jalan sebelah kiri lalu terbakar. Pemandu bas itu dipercayai tersepit di tempat duduknya menyebabkannya gagal menyelamatkan diri," katanya.
Zaidy berkata, terdapat lima lagi individu dalam bas tersebut termasuk pemandu kedua.
Bagaimanapun kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 57 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu kecemasan.
Katanya, ada antara mereka mengalami luka di beberapa bahagian badan termasuk kepala.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Mar 17 2024
![Kemalangan bas: Abang terkilan gagal selamatkan adik rentung Kemalangan bas: Abang terkilan gagal selamatkan adik rentung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710659754_kemalanganbasrent.jpg)
Kiri: Bas ekspres yang rentung dalam kemalangan di Gurun. Gambar kanan: Manivannan menunjukkan gambar adiknya yang rentung.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.
![Nahas jalan raya di Bolivia ragut lebih 30 nyawa Nahas jalan raya di Bolivia ragut lebih 30 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739841832_tbdamagedbus.jpg)
Nahas jalan raya di Bolivia ragut lebih 30 nyawa
Pemandu bas dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan itu terjunam hampir 800 meter dari tebing di kawasan pergunungan.
![Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/41440220003_carcrash.jpg)
Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan
Pemandu bas dan 21 penumpang cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), awal pagi tadi.
![23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya 23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736743794_TBLIBYA.jpg)
23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya
Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya pada Ahad.
![2 rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan bas di Norway - Wisma Putra 2 rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan bas di Norway - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
2 rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan bas di Norway - Wisma Putra
Kedua-dua individu mengalami kecederaan ringan dan telah meneruskan perjalanan di Norway tanpa sebarang komplikasi lanjut.
![Nahas ngeri Ayer Keroh: Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia Nahas ngeri Ayer Keroh: Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735378282_Duaberadik.jpg)
Nahas ngeri Ayer Keroh: Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 PLUS arah utara Isnin lepas, telah dibenarkan keluar dari hospital.
![Empat rakyat Malaysia disah cedera dalam kemalangan bas di Norway Empat rakyat Malaysia disah cedera dalam kemalangan bas di Norway](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735368773_Norway.jpg)
Empat rakyat Malaysia disah cedera dalam kemalangan bas di Norway
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan empat rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Pasresvatnet, Norway Khamis lalu.
![Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735276391_TBNORWAYBUS.jpg)
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
![Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735269377_Norway.jpg)
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
![3 maut, lebih 20 cedera bas terjunam ke gaung di Sri Lanka 3 maut, lebih 20 cedera bas terjunam ke gaung di Sri Lanka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734777904_mayat.jpg)
3 maut, lebih 20 cedera bas terjunam ke gaung di Sri Lanka
Tiga orang maut dan lebih 20 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Mallawa, Wilayah Tengah Sri Lanka pada Sabtu.
![Tayar bas meletup, 26 maut dalam kemalangan di Cote D'ivoire Tayar bas meletup, 26 maut dalam kemalangan di Cote D'ivoire](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733567785_TrainDerailed.jpg)
Tayar bas meletup, 26 maut dalam kemalangan di Cote D'ivoire
Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 28 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di laluan Issia-Daloa, barat Cote d'Ivoire pada petang Jumaat.