Seorang pemandu treler yang disyaki mengakibatkan kemalangan sehingga menyebabkan empat beranak termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 176 Jalan Johor Bahru-Seremban, berdekatan Kampung Melayu Raya, Segamat petang semalam, direman tiga hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 41 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Segamat, Ahmad Shakib Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah (ipd) Segamat pada jam 6.50 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Segamat, Suprintendan Raub Selamat ketika dihubungi berkata, tahanan reman suspek sehingga Selasa ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, ujian air kencing terhadap suspek juga telah dijalankan dan didapati bebas pengaruh dadah.
Suspek yang ketika kejadian tidak membawa sebarang muatan juga tidak mempunyai apa-apa rekod lampau berkaitan jenayah dan hanya enam rekod membabitkan kesalahan lalu lintas.
Terdahulu, dalam kejadian sekitar 1.30 petang semalam, Astro AWANI melaporkan, kereta Honda Stream dinaiki lima beranak dirempuh sebuah treler yang tidak membawa sebarang muatan.
Ekoran itu, empat daripadanya termasuk seorang bayi maut ditempat kejadian.
Identiti pasangan suami isteri itu dikenali sebagai Nizam Daud, 51 tahun dan Nur Faizlin Jamaludin @ samsudin, 37 tahun serta dua anak mereka Nur Naqhia, 6 tahun dan Mohd Niyaz, 2 tahun.
Manakala seorang lagi anak mereka yang terselamat, Mohd Naqib, 9 tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Sep 09 2018
![Kemalangan maut empat sekeluarga: Pemandu treler direman tiga hari Kemalangan maut empat sekeluarga: Pemandu treler direman tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536501166_TrelerReman.jpg)
Tahanan reman suspek sehingga Selasa ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
![PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.
![Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739158919_DonaldTrump.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
![Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/41511783671_Travelluggage.jpg)
Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.
![Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739348507_tbGDragonKPop.jpg)
Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Empat beranak maut kemalangan di Kota Tinggi Empat beranak maut kemalangan di Kota Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661861311_TBeksiden.jpg)
Empat beranak maut kemalangan di Kota Tinggi
Empat beranak maut dalam kemalangan membabitkan motosikal yang ditunggangi dengan sebuah lori di Kota Tinggi, petang tadi.
![Rumah terbakar, empat beranak terperangkap dalam bilik air Rumah terbakar, empat beranak terperangkap dalam bilik air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81597020574_BPRUMAHTERBAKARSET.jpg)
Rumah terbakar, empat beranak terperangkap dalam bilik air
Hafisham berkata kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.
![Nasib 4 beranak tinggal di kolong dapat perhatian, bakal beraya di rumah baharu Nasib 4 beranak tinggal di kolong dapat perhatian, bakal beraya di rumah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71589154332_rumah.jpg)
Nasib 4 beranak tinggal di kolong dapat perhatian, bakal beraya di rumah baharu
Kehidupan serba daif Norlaila Abu Samah membesarkan tiga anaknya mendapat perhatian kerajaan negeri Johor apabila kisah mereka disiarkan Astro AWANI pada Sabtu.
![Empat beranak redah hujan demi sekampit beras Empat beranak redah hujan demi sekampit beras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51572911947_TBRedahHujan.jpg)
Empat beranak redah hujan demi sekampit beras
Empat beranak tersebut bertemu Mohd Fadli untuk mendapatkan bantuan barangan dapur.
![Kemalangan maut empat sekeluarga: Pemandu treler direman tiga hari Kemalangan maut empat sekeluarga: Pemandu treler direman tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536501166_TrelerReman.jpg)
Kemalangan maut empat sekeluarga: Pemandu treler direman tiga hari
Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 41 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Segamat, Ahmad Shakib Ismail.
![Empat beranak hidup dalam kontena di Kuantan Empat beranak hidup dalam kontena di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71399203077_295x200.jpg)
Empat beranak hidup dalam kontena di Kuantan
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai pilihan lain walaupun terpaksa menanggung bahang panas terutama di waktu siang.