Empat orang termasuk tiga sekeluarga dari Singapura maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan dan terbakar di atas jambatan Sungai Dohol, Km63.5, Jalan Johor Baharu-Mersing di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu membabitkan sebuah Land Rover bernombor pendaftaran Singapura dan sebuah Toyota Corolla dengan nombor pendaftaran tempatan.
Katanya pemandu Toyota Corolla yang maut dikenal pasti sebagai Noor Haryanti Safiai, 30, seorang juruteknik manakala identiti tiga warga Singapura yang maut itu masih belum dikenal pasti.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Land Rover dari Johor Baharu itu hilang kawalan sebelum melanggar tembok kiri jambatan dan kemudian terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Corolla," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Rahmat berkata akibat daripada pertembungan itu, kedua-dua kenderaan telah terbakar yang mengakibatkan tiga sekeluarga menaiki Land Rover dan Noor Haryanti, rentung.
Beliau berkata seorang kanak-kanak berusia lingkungan empat tahun dalam kereta Land Rover itu berjaya diselamatkan orang awam yang berada di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu untuk rawatan.
Sementara itu, bapa Noor Haryanti, Safiai Mohamad, 60, berkata, anaknya itu berlepas dari rumah mereka di Sungai Ara pada kira-kira 6.30 pagi untuk ke tempat kerja di Permas Jaya.
"Ibunya masih trauma sebaik menerima berita kemalangan ini malah agak terkilan kerana arwah tidak sempat menjamah nasi goreng yang dimasaknya pagi tadi," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini.
Katanya Noor Haryanti tinggal dan bekerja di Permas Jaya, Johor Bahru manakala suaminya Mohd Yusof Jamil, 30, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dan berada di Kuala Lumpur kerana bertugas di luar kawasan.
Menurut Safiai, Noor Haryanti pulang ke Sungai Ara petang semalam untuk menziarahinya bersama-sama dua adiknya, Noor Amaliah, 28, dan Noor Najihah, 23, serta dua anaknya, Nornisa Ariyana, 3, dan Norhana Arisa, 2.
Jenazah Noor Haryanti dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felcra Sungai Ara, di sini, petang ini, katanya.
Bernama
Fri Dec 25 2015

Rahmat berkata akibat daripada pertembungan itu, kedua-dua kenderaan telah terbakar yang mengakibatkan tiga sekeluarga menaiki Land Rover dan Noor Haryanti, rentung. - Gambar fail

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.

Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.

Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.

Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.

Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.

Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.

Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan
Pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang semalam dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.