KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menambah kelas bagi operasi pendidikan awal kanak-kanak di 53 premis pembelajaran sedia ada bermula Mac tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pengoperasian itu akan melibatkan kos berjumlah RM3.1 juta setahun meliputi pembayaran gaji, utiliti, geran perkapita dan bantuan makanan tambahan.
"Peluasan pengoperasian ini melibatkan tambahan kelas di premis sedia ada yang mendapat permintaan tinggi dan langkah ini dijangka akan memberikan pertambahan akses pendidikan berkualiti serta bermanfaat kepada lebih 1,300 kanak-kanak.
"Langkah ini diharap dapat meringankan beban kos pendidikan pra-sekolah yang perlu ditanggung oleh ibu bapa ketika ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga telah meluluskan cadangan pembinaan 10 pusat pendidikan awal kanak-kanak Kemas bagi tahun 2024 dengan kos berjumlah RM30.7 juta.
Ahmad Zahid berkata setakat ini, terdapat 10,693 taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Kemas dan 563 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di seluruh negara, dengan kedua-duanya menawarkan pendidikan kepada lebih 228,000 kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun melibatkan 12,160 tenaga pengajar.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata pelantikan baharu bagi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di negeri-negeri yang tidak sealiran dengan Kerajaan Persekutuan akan dibuat pada bulan Januari depan.
Beliau berkata kecuali Sarawak, pelaksanaan JPKKP itu telah dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat 12 Julai lepas.
"Negeri-negeri yang sealiran dengan Kerajaan Persekutuan yang lain kita mengguna pakai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
"Untuk Sarawak kerajaan setuju kekal dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)... ini satu keistimewaan untuk Sarawak," katanya.
Ahmad Zahid berkata walaupun sealiran dengan Kerajaan Persekutuan, pelaksanaan JKKK di Sarawak adalah melalui Kerajaan Negeri sendiri selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Kemasukan UK buka akses ke pasaran utama eksport - PM
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
SEZ Johor-Singapura, eratkan integrasi dalam ASEAN
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Syria benarkan PBB bentuk zon penampan dengan Israel
Syria bersedia untuk untuk menerima kemasukan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membentuk zon penampan dengan Israel.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia juga akan melakukan apa sahaja dalam mencapai hal tersebut termasuk melakukan libat urus secara langsung dengan wakil Amerika Syarikat (AS), selain memanfaatkan hubungan baik dengan Mesir dan Hamas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan
Sebanyak RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida.
PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah
Kunjungan tersebut antaranya untuk melihat projek pembangunan semula seluas 42 ekar yang berpusat di sekitar Battersea Power Station.
Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.
Kemas tambah kelas pendidikan awal kanak-kanak bermula Mac tahun depan - Ahmad Zahid
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menambah kelas bagi operasi pendidikan awal kanak-kanak di 53 premis pembelajaran sedia ada bermula Mac tahun depan.
'Saya sudah lama tidak rasa seronok' - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui beliau sudah lama tidak berasa seronok, apatah lagi berdepan pelbagai masalah sejak kebelakangan ini.
Tiada penularan HFMD di Taska, Tabika Kemas setakat ini
Tiada penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Tabika dan Taska di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) setakat ini.
Guru, kakitangan Kemas boleh berpolitik tapi jangan sampai abai tugas hakiki
Guru dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) boleh berpolitik tetapi mereka dinasihat agar tidak mengabaikan tugas hakiki, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
98 peratus guru Kemas terima suntikan vaksin
Dua peratus lagi belum mendapatkan suntikan ekoran nasihat doktor, antaranya kerana masalah kesihatan, alahan dan mengandung.
Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Tidak wujud 'pilih kasih' di semua Tabika Kemas
Hampir 30 tahun beroperasi, hasil kajian mendapati jumlah permohonan kemasukan semakin meningkat khususnya dari kumpulan M40.
Wanita perlu dilibatkan sepenuhnya dalam politik, pembuat dasar negara - Khairy
Golongan wanita perlu dilibatkan dalam politik dan peringkat membuat keputusan serta dasar negara sepenuhnya demi menjamin kestabilan sosial sekaligus menuju ke arah negara maju yang seimbang.
Juruelektrik cipta alat meletak cecair basmi kuman
Idea mencipta alat itu timbul selepas memikirkan si cilik sentiasa aktif dan gemar melakukan aktiviti bersama rakan-rakan seterusnya mereka terdedah kepada kuman.
Cadangan tabika dan taska Kemas swasta untuk M40 - Abd Latiff
Sebanyak 11,430 tabika dan taska di bawah seliaan Kemas seluruh negara kembali beroperasi hari ini.