KUALA LUMPUR: Ketibaan pelancong asing ke Malaysia tahun lalu mencatatkan sejumlah 4.3 juta pelancong, iaitu jatuh 83.4 peratus berbanding 26.1 juta pada 2019.
Tourism Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kejatuhan itu disebabkan oleh penutupan pintu masuk negara susulan penularan wabak COVID-19.
Bagaimanapun, situasi penyusutan pertumbuhan sektor pelancongan itu tidak hanya kepada Malaysia sahaja, sebaliknya turut dialami negara lain, khususnya di Asia.
"Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO), Asia dan Pasifik merekodkan penyusutan ketibaan pelancong sebanyak 84 peratus.
"Negara jiran Malaysia di rantau ASEAN turut merekodkan penurunan jumlah pelancong yang ketara, termasuk Thailand (-83.2 peratus), Singapura (-85.7 peratus), Vietnam (-78.7 peratus) dan Indonesia (-75 peratus), berdasarkan data Persatuan Pelancongan Pasifik Asia (PATA) dan Pertubuhan Pelancongan Nasional (NTO)," memetik kenyataan itu.
Tourism Malaysia turut memaklumkan kadar pendapatan negara daripada sektor pelancongan juga telah merudum 85.3 peratus apabila hanya meraih RM12.69 bilion tahun lalu berbanding RM86.14 bilion pada 2019.
Malah, purata perbelanjaan per kapita untuk sektor pelancongan yang direkodkan Malaysia tahun lalu adalah RM2,928, iaitu penurunan 11.3 peratus berbanding RM3,300 pada 2019.
Astro Awani
Wed Mar 10 2021

Tourism Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejatuhan itu disebabkan oleh penutupan pintu masuk negara susulan penularan wabak COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

Loke gesa syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang berkembang di luar pasaran tradisional
Peserta industri diharap giat mencari kesambungan baharu di antara Malaysia dengan wilayah lain selain China, Korea Selatan dan Turki.

Sarawak catat ketibaan 1.3 juta pelancong sehingga April
Kementerian optimis dalam mencapai sasaran ketibaan pelancong tahun ini sehingga 3 juta, yang dijangka boleh menjana perolehan sehingga RM7.25 bilion.

Thailand mansuh ujian COVID-19 ketika ketibaan bermula 1 Mei
Thailand terus melonggarkan syarat kemasukan dengan membatalkan ujian RT-PCR bagi ketibaan antarabangsa untuk individu lengkap vaksinasi mulai 1 Mei.

Gelembung pelancongan Langkawi: 38,748 ketibaan pelancong direkodkan - Nancy
Projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah, mencapai kejayaan membanggakan selepas merekodkan ketibaan 38,748 pelancong dan menjana pendapatan lebih RM15 juta sejak dibuka pada 16 Se

Kemasukan pelancong asing 2020 jatuh 83.4 peratus - Tourism Malaysia
Tourism Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejatuhan itu disebabkan oleh penutupan pintu masuk negara susulan penularan wabak COVID-19.

Pengusaha pelancongan di Langkawi perlu kreatif tarik pelancong luar musim
Inisiatif seperti menawarkan pakej pelancongan pada kadar harga lebih rendah kepada pelancong tempatan boleh dibanyakkan, memandangkan sempadan negara masih ditutup akibat pandemik COVID-19.