KUALA LUMPUR: Kemasukan pelancong luar ke negara ini dijangka mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya, biarpun pintu sempadan telah dibuka sejak 1 April.
Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata hal ini kerana ramai pihak akan mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' untuk merancang percutian, lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik COVID-19, yang masih ada.
"Ia mungkin mengambil sedikit masa kerana orang perlu membiasakan diri dengan prosedur operasi standard (SOP).
"Selain itu, ada juga pelawat terutamanya dari Singapura gemar menggunakan pendekatan tunggu dan lihat untuk melihat kesesuaian melancong, sebagai contoh ketika musim cuti sekolah atau cuti istimewa di negara mereka," katanya kepada media di sini semalam.
Santhara yang ditemui selepas pelancaran rasmi dan hari pengundian Pameran Hadiah Malaysia ke-12, berkata demikian sebagai mengulas perkembangan industri pelancongan sejak pintu sempadan negara dibuka.
Menurutnya langkah beberapa negara seperti China dan Jepun yang belum bersedia membuka pintu sempadan masing-masing, bagi membolehkan rakyatnya melakukan perjalanan ke luar negara juga antara faktor melambatkan pemulihan kedatangan pelancong luar ke Malaysia.
"Bagaimanapun, perkara ini akan MOTAC atasi dengan cara memasarkan produk pelancongan Malaysia ke pasaran lain yang sudah membuka pintu sempadan, termasuk di India dan Arab Saudi.
"Kita akan bekerjasama dengan pejabat-pejabat pelancongan MOTAC di luar negara dan juga mengadakan program-program strategi pemasaran, jadi kita amat positif tentang impaknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Santhara berucap ketika menghadiri 'Official Launch And Balloting Of 12th Malaysia Gifts Fair 2022' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 12 Apr 2022. -- fotoBERNAMA
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

TMM2024: Kedatangan pelancong bertambah dalam tempoh tiga bulan
Peningkatan bil utiliti di hotel-hotel seluruh Melaka dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, merupakan antara indikator menunjukkan pertambahan kedatangan pelancong.

Kerajaan kawal rapi kemasukan pelancong asing - PM Anwar
Anwar menambah, kerajaan juga tidak mengambil kira dari mana pelancong asing itu datang dalam melakukan pemeriksaan ketika memasuki negara.

Kemasukan pelancong asing ke Malaysia memberangsangkan - Nancy
Malaysia juga berharap negara-negara yang masih lagi mengenakan sekatan sempadan agar mengikuti jejak langkah Malaysia

Kemasukan pelancong ke Malaysia ambil masa untuk pulih - MOTAC
Ramai pihak ambil pendekatan 'tunggu dan lihat', lebih-lebih lagi dalam keadaan COVID-19 yang masih ada.

Varian COVID-19: Pergerakan penumpang antarabangsa lalui pemeriksaan kesihatan ketat - MAHB
Pergerakan penumpang antarabangsa di Malaysia merekodkan kira-kira 107,000 untuk ketibaan dan pelepasan pada April.

Kerajaan beri tumpuan pulih sektor pelancongan - Mustapa
Penurunan kemasukan pelancong sehingga 83.4 peratus memberi kesan kepada industri hotel, bas pelancongan, bas ekspres dan pemain industri yang lain.

Sabah benarkan kemasukan pelancong dari Brunei - Masidi
Kerajaan Sabah membenarkan kemasukan pelancong dari Brunei ke negeri itu berkuatkuasa serta merta.

Trump tutup pintu kepada pelarian, pelancong dari tujuh negara Islam
Penumpang itu yang tiba untuk transit dalam perjalanan ke lapangan terbang Kaherah, telah dihalang dan diarahkan menaiki penerbangan ke negara asal mereka walaupun merupakan pemegang visa yang sah.