Polis akan menjalankan siasatan terhadap aktivis yang berkumpul di Mahkamah Petaling Jaya bagi kes penahanan dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SCP Fadzil Ahmat berkata, satu laporan oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah dibuat hari ini susulan kumpulan berkenaan.
Menurutnya, pihaknya akan menyiasat laporan berkenaan sama ada perbuatan aktivis tersebut menyalahi undang-undang atau tidak.
"Bagaimanapun, tumpuan utama polis buat masa ini adalah bagi menyelesaikan kes ini (kes kematian CEO Cradle). Kes ini masih lagi dalam siasatan polis… kita nak tumpu siasatan.
"Satu laporan polis di daerah telah dibuat berhubung tindakan aktivis berkumpul di mahkamah. Kita akan pertimbangkan untuk lihat apa tindakan lanjut… kita kena siasat perbuatan menyalahi undang-undang atau tidak, mungkin (aktivis) hadir untuk bagi sokongan," tegasnya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Pagi semalam, permohonan reman ke atas dua remaja lelaki, berusia 14 dan 16 tahun dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya
Hari ini, hampir 20 orang keluarga dan kenalan rapat dua anak tiri Nazrin, berkumpul di Mahkamah Petaling Jaya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung penahanan dua remaja terbabit.
BACA: Kes bunuh CEO: 'Kita sepatutnya lindungi kanak-kanak, bukan peragakan mereka' - Aktivis
Pada 14 Jun lalu, Nazrin dilapor meninggal dunia akibat terhidu asap selepas kebakaran akibat telefon bimbitnya yang sedang dicas meletup di tingkat atas kediamannya di Mutiara Damansara, Selangor.
Bagaimanapun pada 3 Ogos, polis mengklasifikasikan semula kematian Nazrin sebagai kes bunuh berikutan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menemukan kesan petrol di dalam bilik mangsa yang terbakar.
Susulan itu, isteri Nazrin dan bekas suaminya telah direman tujuh hari mulai Selasa lepas bagi membantu siasatan.
BACA: Tempoh reman isteri CEO Cradle Fund disambung tiga hari
Sinar Harian
Mon Sep 10 2018
FADZIL: Polis akan menyiasat sama ada perbuatan aktivis tersebut menyalahi undang-undang atau tidak. - BERNAMA/Fail
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
'Bukan niat nak penjarakan Samirah tapi...' - Kakak Nazrin
"Kami bukan nak Samirah dipenjarakan atau ke tali gantung, (tetapi) kami dalam keadaan serba salah dan kami sedih kerana adik kami meninggal dunia".
Keputusan rayuan kes bunuh CEO Cradle Fund diketahui 8 Feb 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Feb tahun depan untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund.
Kes bunuh CEO Cradle Fund: Mahkamah Rayuan tangguh keputusan
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund, Nazri Hassan.
Percikan darah pada dinding sepadan DNA CEO Cradle Fund - Pendakwaan
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa percikan darah pada dinding bilik yang terbakar di mana lokasi mayat Nazrin Hassan ditemukan adalah sepadan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) beliau.
Kes bunuh CEO Cradle Fund: Ada seseorang cipta "staged crime scene" - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Amril Johari berhujah tidak mungkin tombol itu terkunci dengan sendirinya dari dalam memandangkan kebakaran tidak merebak ke pintu berkenaan.
Tiada bukti Samirah, dua remaja bunuh Nazrin - Peguam
Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa diberitahu bahawa, tiada bukti menunjukkan Samirah Muzaffar dan dua remaja membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.
Pengurusan kes rayuan pendakwa terhadap Samirah dan dua remaja ditetapkan Isnin depan
Pengurusan kes tersebut pada hari berkenaan akan dijalankan menerusi aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.
Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Dihentak kepala dengan kamera, peguam Samirah belum putus untuk buat laporan polis
Insiden berlaku ketika Samirah yang ditemani peguamnya dibawa ke kamar perbicaraan.
Kes Bunuh CEO Cradle Fund: "Kebenaran pasti akan timbul" - Abang Allahyarham Nazrin
Rayuan itu akan dikemukakan keluarga Allahyarham atas prinsip sesuatu perlu dilakukan atas nama keadilan.
Kes bunuh CEO Cradle Fund: Pendakwaan gagal buktikan waktu kejadian - Shafee
Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan waktu sebenar kejadian yang mengakibatkan kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan, antara faktor Samirah Muzaffar dan dua lagi remaja dilepas dan dibebaskan.